Wednesday, October 31, 2018

4 perbezaan mudah semut dan anai-anai

  nurthiera       Wednesday, October 31, 2018
Sering tidak dapat bezakan semut dan anai-anai?

Ya, dengan sekali pandang, jangan terkejut kerana memang ada antara kita yang tidak dapat membezakan antara semut dan anai-anai kerana beranggapan keduanya adalah serangga yang sama. 

Namun anda harus tahu, terdapat perbezaan antara semut dan anai-anai kerana kaedah rawatannya berbeza serta kesan kerosakan yang berpunca dari kedua-dua ini juga berbeza.

Ada juga di antara pelanggan yang ingin bertanya tentang kaedah yang perlu dijalankan untuk mengawal kehadiran semut.Namun yang berada di rumah mereka bukanlah semut seperti yang dijangka, tetapi merupakan anai-anai yang bersarang. Begitu juga sebaliknya dengan anai-anai. 

Oleh itu pentingnya bagi anda untuk mengenal pasti serangga apa yang berada di kediaman anda. Hal ini penting untuk menentukan kaedah rawatan mana yang sesuai bagi menyelesaikan masalah haiwan makhluk perosak di kediaman anda.

Berikut merupakan perbezaan mudah yang dapat dilihat untuk membezakan di antara semut dan anai-anai.

1) Sayap


Sayap memainkan peranan dalam membezakan antara anai-anai dan semut. Sayap anai-anai dewasa adalah sama saiz dan sama panjang, manakala bagi semut dewasa pula berbeza saiz sayapnya. Sayap semut dewasa di bahagian hadapan adalah lebih panjang daripada saiz sayap di bahagian belakang. Oleh itu, jangan mudah tertukar lagi jika anda terlihat serangga bersayap seperti semut dan anai-anai berada di kediaman anda.

2) Pinggang


Perbezaan lain yang dapat dilihat antara anai-anai dan semut dewasa bersayap ialah abdomen yang dapat dilihat pada tengah bahagian badan anai-anai dan semut. Anai-anai mempunyai abdomen yang tebal di tengahnya dan berbentuk lurus, manakala semut mempunyai abdomen yang nipis di tengahnya dan tidak berbentuk lurus. Itu sudah cukup untuk membezakan antara anai-anai dan semut.

3) Sesungut


Melalui sesungut juga kita dapat membezakan antara anai-anai dan semut. Anai- anai dewasa mempunyai sesungut yang lurus manakala semut dewasa sesungutnya berbentuk melengkung (elbowed). Sesungut berfungsi sebagai deria bagi serangga seperti semut dan anai-anai. Fungsi lain sesungut juga ialah bagi mengesan pergerakan udara, haba, bunyi, getaran, bau dan rasa. Oleh itu, dengan hanya melihat sesungut haiwan yang berada di kediaman anda dapat memberikan info serangga apa yang bersarang di kediaman anda.

4) Mata


Mata juga memainkan peranan penting dalam mengenalpasti semut dan anai-anai. Untuk pengetahuan anda, anai-anai pekerja yang tidak mempunyai sayap tidak mempunyai mata dan hanya mengesan pergerakan atau haba melalui sesungut yang terdapat pada mereka. Manakala semut pekerja yang tidak mempunyai sayap mempunyai mata (compound). Oleh itu, melalui perbezaan fizikal juga dapat membezakan diantara semut dan anai-anai ini.



Untuk membantu anda mengenal pasti semut atau anai-anai yang bersarang di rumah anda dan membantu memastikan bahawa ia dirawat dengan berkesan, hubungi perkhidmatan profesional kawalan serangga perosak. Pasukan profesional di Easelife Services boleh melakukan 'inspection' rumah anda dan mengesyorkan penyelesaian kepada masalah ini.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai atau semut berleluasa di kediaman anda. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai dan semut, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada makhluk perosak di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 perbezaan mudah semut dan anai-anai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment