Friday, October 12, 2018

4 tips mudah menghalang pepijat merebak melalui kebersihan katil

  nurthiera       Friday, October 12, 2018
Sedarkah anda bahawa katil adalah antara tempat yang kotor di dalam rumah anda?

Ia mungkin mengejutkan kerana katil anda sebenarnya mungkin dipenuhi dengan kulat, bakteria, kotoran, peluh dan bermacam-macam lagi.

Menurut fakta, kulit manusia gugur sehingga 10 gram sehari dan digabungkan pula dengan 100 liter peluh yang dihasilkan tubuh manusia setiap tahun, menjadikan katil adalah salah satu tempat yang tidak bersih.

Ada sesetengah orang pula makan di atas katil sambil menonton televisyen atau membaca buku. Ia sudah tentulah menambahkan lagi kotoran yang ada jika sisa makanan terjatuh di kawasan katil.

Itu belum ditambah lagi jika cadar jarang dibasuh, ia bukan sahaja kotor malah berbahaya. Hal ini disebabkan dengan adanya bakteria serta kulat pada cadar, anda berpeluang tinggi terdedah kepada pelbagai penyakit.

Berikut merupakan beberapa tips mudah bagi memastikan tilam dan cadar anda sentiasa bersih:

1) Bersihkan kawasan bilik dan sekeliling katil

Rumah yang bersih amat penting demi mengekalkan kehidupan yang sihat serta bebas dari segala penyakit. Mulakan dengan mencuci di sekeliling katil, di celahan katil serta bawah katil. Hapuskan segala habuk atau sampah yang berada di kawasan bilik anda. Oleh itu, pentingnya bagi menjaga kebersihan tempat tidur untuk mengelakkan serangan serangga seperti pepijat di tempat tidur anda.

2) Cuci bantal atau hantar ke dobi

Bantal yang digunakan perlulah kerap ditukar sarungnya kerana terdapat peluh yang melekat ketika anda tidur. Anda juga disarankan untuk mencuci bantal (jika boleh) atau hanya menghantar ke dobi untuk cucian yang lebih bersih, Hal ini kemudian dapat memberikan keselesaan kepada anda dan mengurangkan bau yang terdapat pada bantal ketika anda tidur.

3) Cuci cadar seminggu sekali atau dua minggu sekali

Anda dinasihatkan untuk kerap mencuci cadar tilam anda menggunakan suhu 60°C atau lebih tinggi. Hal ini untuk membunuh semua bakteria atau kuman yang terdapat di cadar tilam anda. Gunakan juga sarung atau alas pelindung bantal dan tilam yang mudah dibasuh untuk memudahkan anda dalam kerja - kerja pencucian. Oleh itu, pentingnya menjaga kebersihan cadar tilam anda tempat dimana anda berehat pada malam hari tanpa gangguan pepijat atau serangga lain.

4) Menukar baju tidur dua hari sekali

Mesti ada di kalangan anda yang suka pakai baju tidur yang sama sampai beberapa hari kan. Tahukah anda baju tidur perlu kerap ditukar sekurang-kurangnya dua hari sekali. Hal ini untuk mengelakkan segala peluh atau kotoran yang terdapat pada baju melekat pada cadar tilam anda. Ini juga menunjukkan tahap kebersihan anda berada di tahap mana jika anda jarang menukar baju tidur. Oleh itu, pentingnya menjaga kebersihan dengan menukar baju tidur untuk mengekalkan kebersihan diri serta tilam anda.


Katil boleh menjadi agak kotor dan mungkin juga berbahaya bergantung kepada fungsi katil bagi anda dan juga sejauh mana bersihnya diri anda semasa masuk tidur. Oleh itu, pentingnya bagi anda menjaga kebersihan katil untuk mendapatkan tidur yang selesa serta kesihatan yang baik.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 tips mudah menghalang pepijat merebak melalui kebersihan katil

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment