MyPestNews

Easelife Pest Control

Tuesday, October 16, 2018

Kaedah pengawalan burung menggunakan gel repellent

  Nurthiera       Tuesday, October 16, 2018

Seekor burung mungkin tidak membawa masalah kepada anda, tetapi jika datang sekumpulan burung bertenggek di bumbung kediaman anda, itu sudah cukup untuk memeningkan kepala anda! 

Masalah berkaitan burung boleh membawa kepada kerosakan besar kepada sesebuah komuniti. Hal ini ditambah lagi dengan najis burung yang dapat memberi kesan kepada kesihatan manusia.

Kehadiran burung di kawasan anda boleh disebabkan oleh terdapatnya sumber makanan dan minuman yang cukup untuk membolehkan mereka terus berada di kawasan tersebut. Oleh itu pentingnya pemantauan secara berterusan dalam usaha untuk mengawal kehadiran burung ke tempat anda.

Terdapat pelbagai kaedah pengawalan burung yang dijalankan di Malaysia dan ada di antaranya menggunakan kos yang tinggi. Hal ini disebabkan proses pengawalan burung selalunya melibatkan risiko dan ketinggian.

Oleh itu, pemilihan kaedah yang sesuai amatlah penting supaya kesan efektif sesuatu kaedah tersebut dapat dilihat.

Berikut merupakan salah satu kaedah pengawalan burung yang sering dipraktikkan dan dicadangkan kepada pelanggan:

1) Mengunakan gel repellent


Di Easelife Services, kami menggunakan gel repellent yang berkualiti bagi membantu mengawal burung di persekitaran anda. Setelah melakukan tinjauan di kawasan anda dan penggunaan kaedah gel repellent burung adalah sesuai di persekitaran anda, gel tersebut akan diletakkan di target area yang menjadi tempat tumpuan burung.

Apabila gel diletakkan, teksturnya yang melekit akan menyebabkan burung yang terkena gel tersebut tidak selesa lalu menyebabkan burung tidak akan hinggap atau bertenggek di tempat tersebut. Oleh itu, kaedah gel repellent ini berpotensi untuk menghalau burung atau haiwan yang menjadi target di persekitaran anda.

Selain itu, gel repellent yang bewarna jernih juga akan menyebabkan pantulan jika terkena cahaya matahari. Keadaan ini akan menjadikan pembiasan cahaya pada mata burung yang bertenggek di situ dan mereka akan meninggalkan kawasan yang terdapat gel repellant. Hal ini seterusnya dapat mengelakkan burung dari menjadikan kediaman atau persekitaran anda sebagai tempat mereka bertenggek atau berlindung.

Di samping itu, gel repellent yang digunakan akan mengeluarkan bau seperti peppermint mengikut jenis gel repellent yang digunakan dan akan menghalang burung dari berada di tempat tersebut. Burung akan terbang dan mencari tempat lain untuk berlindung. Oleh itu, kediaman atau persekitaran anda akan selamat tanpa burung liar bertenggek dan dipenuhi najis burung.


Di Easelife Services, hanya dengan harga RM150 anda akan mendapat satu unit gel repellent beserta panduan penggunaan untuk mengawal masalah burung di kediaman anda. Harga adalah tanpa cas penghantaran atau anda boleh datang sendiri di pusat operasi Easelife services yang beralamat di TTDI Jaya Shah Alam untuk maklumat lanjut.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah pengawalan burung menggunakan gel repellant ini, dapatkan nasihat profesional dengan dua langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kaedah pengawalan burung menggunakan gel repellent

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment