Friday, December 21, 2018

5 perbezaan mudah pepijat dan kutu

  nurthiera       Friday, December 21, 2018
Adakah anda tahu, selain daripada pepijat yang menyebabkan kegatalan pada badan ketika anda tidur, terdapat juga kalangan kita yang berhadapan dengan masalah dengan kutu (Flea). Terdapat beberapa kes yang disebabkan oleh kutu, namun ada antara pelanggan yang tersilap mengatakan menghadapi masalah pepijat (Bedbug).

Serangan pepijat lazimnya adalah disebabkan oleh manusia. Seperti contoh jika anda pulang dari bercuti dan terdapat pepijat di bagasi atau barang peribadi anda maka pepijat tersebut akan mula bersarang di kediaman anda. Kutu pula menyerang apabila anda memelihara haiwan berbulu seperti kucing dan kucing tersebut terdedah kepada jangkitan kutu.

Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk membezakan kutu dan pepijat. Hal ini kerana kaedah rawatan bagi kutu dan pepijat adalah berbeza.

Berikut merupakan perbezaan yang dapat dilihat dalam membezakan pepijat dan kutu.

1) Bentuk fizikal


Pepijat adalah serangga bewarna coklat kemerahan dan berbentuk bujur manakala kutu juga serangga bewarna coklat kemerahan namun berbentuk kurus. Pepijat lazimnya berukuran 4-6 mm panjang dan 1.5-3 mm lebar manakala kutu adalah sedikit kecil daripada pepijat dengan 1.5-4 mm panjang. Jika dilihat dari atas, bentuk badan pepijat adalah rata dan kelihatan seperti biji epal manakala kutu kelihatan panjang dan kurus. Oleh itu, dengan mengenali bentuk fizikal sahaja anda sudah dapat membezakan pepijat dan kutu.

2) Sumber makanan


Untuk pengetahuan anda, darah merupakan sumber makanan utama pepijat dan kutu. Pepijat hanya menjadikan darah manusia sebagai sumber makanan. Berlainan pula dengan kutu kerana ia menjadikan manusia serta haiwan seperti kucing untuk mendapatkan darah sebagai sumber makanan. Jika anda ada memelihara kucing, anda perlu memastikan kucing anda bebas dari serangga parasit seperti kutu kerana ia bukan sahaja menjadikan kucing anda sebagai sumber makanan tetapi akan menjadikan anda sebagai target sumber makanan.

3) Habitat


Seperti yang anda sedia maklum, kawasan habitat pepijat adalah di celahan katil dan tilam. Hal ini kerana pepijat akan menggigit manusia apabila tidur di atas tilam. Oleh sebab itu, kaedah rawatan haba memfokuskan di sekitar kawasan tilam untuk mematikan pepijat. Manakala habitat kutu adalah di celahan bulu-bulu haiwan peliharaan anda. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, anda harus memastikan kebersihan bulu-bulu kucing untuk menghindarkan kutu menjadikan kucing anda sebagai tempat tinggal mereka.

4) Pergerakan


Perbezaan yang dapat dilihat adalah dari segi pergerakan pepijat dan kutu. Hal ini kerana, pepijat hanya dapat merayap di sekeliling tilam atau bantal manakala kutu juga merayap namun kutu mempunyai kebolehan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain jika berada di kediaman anda. Oleh itu, jangan mudah tertukar lagi di antara pepijat dan kutu ini. Jika anda melihat serangga merayap, jawapannya adalah pepijat manakala jika serangga melompat, kutu lah yang berada di kediaman anda.

5) Kesan gigitan


Untuk pengetahuan anda, kesan gigitan pepijat selalunya dalam bentuk selari, tidak menyakitkan dan dapat dilihat dengan cepat. Namun ada juga kesan gigitan pepijat yang mungkin mengambil masa sehingga 14 hari untuk kelihatan. Gigitan pepijat boleh menyebabkan kegatalan dan tidak menyebarkan penyakit. Berbeza dengan kesan gigitan kutu yang berselerak, dapat menunjukkan kesan bengkak dalam masa 1 jam dan boleh menyebabkan kegatalan secara berterusan. Gigitan kutu juga dapat menyebarkan penyakit dan membahayakan kesihatan kulit anda.



Jika anda mengesyaki pepijat atau kutu telah berada di kediaman anda, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak profesional. Di Easelife Services, jika anda berada sekitar Shah Alam dan Klang, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah serangga yang sedang anda hadapi.

Kawalan serangga diperlukan kerana serangga seperti pepijat dan kutu dapat memberikan kesan negatif kepada anda sekeluarga jika tidak dibendung. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis serangga bagi memastikan anda berada di persekitaran yang bersih dan selamat tanpa sebarang gigitan yang boleh memudaratkan.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan pepijat dan kutu, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 perbezaan mudah pepijat dan kutu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment