Friday, February 22, 2019

Bagaimana sistem umpan dapat menghapuskan seluruh koloni anai-anai

  nurthiera       Friday, February 22, 2019

Anai-anai merupakan serangga yang hidup dalam koloni. Satu koloni mempunyai beribu anai-anai didalamnya. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat dipraktikkan untuk menghapuskan koloni anai-anai di persekitaran anda.

Penting untuk anda mengetahui kaedah yang sesuai digunakan untuk menghapuskan koloni anai-anai yang berada di kediaman anda.Di Easelife Service, antara salah satu kaedah yang digunakan bagi menghapuskan anai-anai ialah kaedah stesen umpan di atas tanah (Above Ground Bait Station).

Apabila suatu serangan anai-anai dikesan di kediaman anda. amatlah penting untuk memeriksa kawasan yang menjadi tempat anai-anai coptototermes aktif mencari makanan. Setelah kawasan tersebut dikenalpasti, stesen umpan (bait station) akan diletakkan di kawasan tersebut

Hal ini untuk menarik anai-anai mengambil makanan di dalam stesen umpan tersebut berbanding makanan (kayu atau struktur bangunan) di kawasan tersebut. Berikut merupakan info mudah bagaimana sistem umpan dapat menghapuskan seluruh koloni anai-anai:

1) Cara penyediaan umpan


Untuk pengetahuan anda, sistem umpanan adalah amat mudah dan ringkas. Dengan hanya 6 langkah seperti gambar di atas dapat digunakan untuk membunuh koloni anai-anai di kediaman anda. Tempoh masa selama 30 minit diperuntukkan untuk pemasangan satu stesen umpan di kawasan yang menjadi target anai-anai aktif.

Anda hanya memerlukan satu bekas yang telah disediakan untuk dijadikan sebagai stesen yang akan diletakkan umpan di dalamnya. Umpan tersebut merupakan bahan kimia yang mengandungi toksin untuk membunuh anai-anai. 

Setelah umpan dimasukkan di dalam stesen, stesen umpan akan diletakkan di tempat anai-anai aktif untuk menggantikan makanan anai-anai. Letakkan dengan kemas dan ditutup rapi supaya tidak terbuka atau boleh mengganggu kawasan anai-anai.

Stesen umpan akan dibiarkan dan akan dibuka semula selepas tempoh satu atau dua minggu mengikut tahap aktif anai-anai di kawasan tersebut. Jika umpan habis dalam tempoh masa tersebut, ini bermaksud anai-anai telah membawa umpan ke sarang dan proses penghapusan anai-anai di kediaman anda telah berjalan. 

2) Konsep pengumpanan



Bahan kimia yang digunakan dalam sistem umpan ini mengandungi toksin yang bertindak secara perlahan untuk menghapuskan seluruh koloni anai-anai. Ia bertindak dengan cara menganggu pertumbuhan biasa dan mekanisme pembiakan anai-anai di kawasan tersebut.

Umpan tersebut akan diletakkan di kawasan target anai-anai aktif. Konsep pengumpanan dengan toksin ini bertindak perlahan di mana anai-anai akan memakan umpan yang telah dibawa balik ke sarang melalui anai-anai pekerja.

Anai-anai tidak akan terus mati, namun akan mempunyai peluang untuk menyebarkan toksin kepada anai-anai lain dalam koloni yang sama melalui proses makan bersama yang wujud dalam masyarakat anai-anai. Permaisuri anai-anai juga diberi makan dengan cara yang sama, oleh itu ia juga boleh dibunuh melalui toksin itu tanpa perlu makan secara terus dari umpan tersebut.

Proses ini menyebabkan anai-anai tidak hanya mati perlahan-lahan tetapi juga tidak perasan yang mereka sebenarnya telah diracun. Oleh itu, anai-anai tidak akan meninggalkan kawasan tempat tinggal mereka dan seterusnya akan mati setelah toksin tersebut berada di dalam badan mereka.

3) Kelebihan sistem umpan

Tidak merosakkan struktur bangunan - Anda hanya perlu meletakkan stesen umpan di tempat aktif anai-anai tanpa perlu memecahkan simen atau merosakkan struktur bangunan. Oleh itu, ianya merupakan satu kaedah yang sesuai untuk menghapuskan koloni anai-anai.

Selamat - Sistem stesen umpanan dapat menghapuskan anai-anai dengan selamat. Hal ini disebabkan, tiada semburan kimia digunakan. Hanya menggunakan umpan dan diletak atau disimpan di dalam bekas yang digunakan untuk menarik anai-anai ke dalamnya.

Fleksible - Kaedah stesen umpan dapat dipasang pada semua kawasan. Kenal pasti kawasan aktif anai-anai dan pemasangan stesen umpan dapat dijalankan untuk menghapuskan anai-anai di kediaman anda. 


Kajian telah menunjukkan bahawa jika toksin (umpan) sampai ke koloni anai-anai secara berterusan, hanya dalam tempoh masa empat ke lapan minggu sahaja seluruh koloni anai-anai dapat dihapuskan di sesuatu kawasan. Oleh itu, jelaslah bahawa kaedah pengumpanan dapat menghapuskan anai-anai seterusnya dapat membanteras kegiatan anai-anai di kediaman anda.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana sistem umpan dapat menghapuskan seluruh koloni anai-anai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment