Thursday, March 14, 2019

5 sebab mudah kenapa lipas dianggap sebagai makhluk perosak

  Nurthiera       Thursday, March 14, 2019

Lipas merupakan kumpulan serangga perosak yang dapat memudaratkan manusia jika tidak dibendung kehadirannya. Ia dipercayai telah hidup di muka bumi selama lebih daripada 300 juta tahun. Terdapat 11 spesis lipas yang dapat ditemui di bangunan dan rumah di Malaysia.

Spesis yang paling biasa ditemui di hotel atau restoran di Malaysia ialah dari jenis Jerman manakala spesis yang dapat ditemui di premis kediaman ialah dari jenis Amerika. Spesis lain juga boleh ditemui, tetapi jumlahnya adalah jauh lebih sedikit.

Lipas amat dikenali sebagai serangga makhluk perosak kerana kehadirannya sahaja dapat menyebabkan pelbagai masalah. Berikut merupakan info mudah kenapa lipas dianggap sebagai makhluk perosak dan kehadirannya amat tidak diingini:

1)Membawa penyakit kepada manusia

Lipas merupakan vektor mekanikal disebabkan oleh tabiatnya yang sangat buruk iaitu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain mencari makanan. Akibatnya, badannya akan memindahkan kuman yang dibawanya kepada manusia atau makanan yang telah tercemar dengan kehadiran lipas. Satu kajian mendapati bahawa bakteria yang dikenali sebagai Pseudomonas Aeruginosa boleh membiak secara meluas dalam usus lipas. Ia boleh menyebabkan beberapa penyakit seperti jangkitan saluran kencing, masalah pencernaan dan juga sepsis (penyakit berkaitan inflamasi / Keradangan di seluruh tubuh). 

2)Dapat mencemarkan makanan

Lipas sebenarnya boleh hidup dengan memakan apa-apa sahaja. Selain daripada makanan yang kita makan, mereka juga memakan tumbuhan mati, haiwan, najis, gam, sabun, kertas, kulit dan juga helai rambut jatuh. Kehadiran lipas dapat mencemarkan bahan makanan dan perkakas memasak dengan meninggalkan najis, kulit yang disalin serta badannya yang sudah mati. Oleh itu, jika terdapat lipas di kediaman anda, dinasihatkan untuk menutup makanan dan tidak dibiarkan terdedah.

3)Bau yang kurang menyenangkan

Di mana sahaja terdapat serangan lipas, di situlah akan terdapat bau yang tidak menyenangkan. Bayangkan jika anda balik ke rumah dan rumah berbau busuk disebabkan kehadiran lipas. Sudah tentu lah menggangu anda ketika ingin berehat di rumah. Keadaan ini juga dapat membuatkan anda berasa segan untuk mengajak tetamu datang ke rumah anda. Oleh itu, kita perlu memastikan rumah kita bebas dari lipas untuk menghindarkan penyakit.

4)Dapat menyebabkan alahan

Lipas boleh menyebabkan alahan. Air liur rembesan dan bahagian badan lipas mengandungi beratus-ratus alergen yang mencetuskan tindak balas kepada manusia dan boleh menyebabkan ruam kulit, bersin dan mata berair. Kes yang paling teruk, boleh mencetuskan serangan asma. Oleh itu, lipas bukan sahaja dikenali sebagai makhluk perosak namun dapat memberi kesan kepada kesihatan anda sekeluarga. 

5)Fobia kepada lipas 

Katsaridaphobia adalah apabila seseorang itu mempunyai sikap takut yang ekstrem dengan kehadiran lipas. Sebut sahaja nama lipas sudah membuatkan orang fobia, jika ada lipas yang bergerak lagi lah menambahkan fobia kepada orang yang takut kepada lipas. Ini mungkin dikaitkan dengan pergerakkannya yang pantas dan tidak dapat diramal. 


Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di kediaman anda tidak kira baharu atau lama. Jangan biarkan masalah lipas mengganggu anda. 

Hal ini kerana, lipas merupakan salah satu daripada serangga yang termasuk dalam kategori makhluk perosak. Sejajar dengan namanya makluk perosak, kita mestilah berupaya sedaya upaya untuk membanteras segala kegiatan lipas di kediaman kita.

Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada lipas di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah lipas di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 sebab mudah kenapa lipas dianggap sebagai makhluk perosak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment