Dah masuk suku tahun 2019 tetapi masalah pepijat di kediaman masih tidak selesai?
Memang runsing kalau memikirkan masalah pepijat yang tidak selesai, tidur malam pun tidak lena dan apabila bangun pagi seperti ada kesan gigitan serangga.
Ditambah pula jika ada anak kecil di rumah, lagi lah tidak sampai hati melihatnya.
Oleh itu, anda sebagai ibu bapa yang prihatin perlulah mengambil langkah untuk mengatasi pepijat dari terus menghantui anda.
Anda juga perlu mengetahui sebab bagaimana pepijat dapat berada di kediaman dan menghantui anda sekeluarga.
Berikut merupakan sebab utama pepijat menghantui anda;
1) Gemar melancong ke luar dan dalam negara
Rata-rata pelanggan yang mendapatkan khidmat rawatan menghapuskan pepijat dari pihak Easelife Services menyatakan bahawa punca utama pepijat menghantui atau berada di kediaman mereka adalah setelah mereka pulang dari melancong. Hal ini kerana mereka menginap dihotel bajet yang kurang pemantauan dari segi kebersihan dan menaiki pengangkutan awam untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain ketika bercuti. Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk mengikuti beberapa tips bagi memastikan pepijat tidak mengikut anda pulang ke rumah. Tips penting seperti memastikan bagasi anda tidak diletakkan di atas lantai, pastikan bagasi anda sentiasa ditutup rapi jika tidak digunakan dan mengeluarkan semua makanan di dalam bagasi ketika bercuti. Tips yang telah diberikan dapat menyelamatkan anda sekeluarga membawa sekali pepijat ke kediaman setelah pulang dari bercuti.
2) Kurang pengetahuan tentang pepijat
Masalah pepijat juga disebabkan oleh kurangnya info atau maklumat yang tepat tentang pepijat. Info atau maklumat ini amat lah penting untuk anda membanteras kegiatan pepijat di kediaman anda. Info yang anda perlu tahu adalah seperti bentuk fizikal pepijat, langkah awal untuk mengatasi masalah pepijat, masa puncak pepijat bergerak aktif antara tengah malam sehingga pagi, gigitan pepijat boleh dilihat dengan cepat tetapi mungkin mengambil masa sehingga 14 hari untuk kelihatan, pepijat perlu makan secara kerap untuk terus hidup, bertelur dan bertahan hidup. Oleh itu, setelah mengetahui semua info awal tentang pepijat, anda sendiri dapat menangani masalah pepijat sebelum bantuan pakar profesional tiba untuk membantu anda menghapuskan pepijat.
3) Penggunaan perabot second hand
Adakah anda tahu bahawa trend penggunaan perabot second hand semakin meningkat sekarang ni. Hal ini disebabkan harga yang murah dan mungkin lebih banyak pilihan vintage yang boleh ditemui. Namun tahukah anda risiko terdapatnya pepijat di perabot tersebut. Pepijat hanya aktif di waktu malam dan apabila tiba waktu siang, pepijat akan bersembunyi di celahan perabot, katil dan rekahan dinding di kediaman anda. Jika tidak dipantau dan diteliti sebelum membeli perabot second hand, anda mungkin terlepas pandang dan terbeli perabot yang terdapat pepijat di dalamnya. Oleh itu, pastikan anda memeriksa sebelum membeli perabot yang dianggap antik dan vintage.
4) Tersilap mengenal pasti antara pepijat dan kutu
Serangan pepijat lazimnya adalah disebabkan oleh manusia. Seperti contoh jika anda pulang dari bercuti dan terdapat pepijat di bagasi atau barang peribadi anda maka pepijat tersebut akan mula bersarang di kediaman anda. Kutu pula menyerang apabila anda memelihara haiwan berbulu seperti kucing dan kucing tersebut terdedah kepada jangkitan kutu. Oleh itu, langkah awal untuk mengatasi masalah pepijat ialah anda seharusnya mengenal pasti jenis serangga yang menggigit anda supaya kaedah dan rawatan yang sesuai dapat dicadangkan kepada anda.
Di Easelife Services, kaedah rawatan haba merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan bagi menangani masalah pepijat. Respon memberangsangkan dari pelanggan yang telah mencuba servis ini amat di luar jangkaan sejak kaedah rawatan haba ini dipraktikkan.
Kaedah rawatan haba yang dijalankan adalah dengan menggunakan mesin khas, ditekapkan pada target area dan mengeluarkan haba yang tinggi boleh mencapai 180 degree celcius sehingga mampu untuk membunuh serangga, larva dan telur. Kaedah ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan anda sekeluarga.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
No comments:
Post a Comment