Kita sebagai masyarakat di negara ini sepatutnya mengambil serius mengenai perihal atau masalah anai-anai sebelum ia menjadi masalah yang besar. Perkara ini adalah kerana anai-anai merupakan salah satu serangga di seluruh kawasan tropika dan subtropika dunia di mana spesis ini mampu menyebabkan kerugian yang besar.
Satu koloni anai-anai mampu merobohkan bangunan jika tidak dirawat. Walau adakala mengambil masa untuk lihat kesan kerosakan disebabkan anai-anai, namun cepat atau lambat kerosakannya tetap akan kelihatan juga akhirnya. Terdapat pelbagai contoh kerosakan seperti perabot berlubang, pintu kayu reput dan dinding kosong di bahagian dalam.
Kerosakan kesan dari anai-anai ni memang banyak. Tidak hairan jika anai-anai dianggap sebagai makhlok perosak oleh sesetengah orang. Berikut merupakan antara sebab lain kenapa anai-anai dilabel sebagai makhluk perosak:
1. Merosakkan kayu di rumah dan bangunan
Kalau dah namanya anai-anai merosakkan kayu di rumah dan bangunan-bangunan sudah menjadi kebiasaan atau tabiat bagi mereka seperti contoh anai-anai tanah yang banyak menyebabkan kerugian terhadap pemilik rumah-rumah dan bangunan-bangunan bukan sahaja di kawasan luar bandar malah kawasan bandar.
Terdapat banyak spesies anai-anai tanah yang kebiasaannya merosakkan seperti spesies Globitermes, Macrotermes, Odontotermes dan Schedorhinotermes dan yang paling kerap memusnahkan dan sering kali ditemui adalah Coptotermes.
Spesies Coptotermes membina sarang di bawah tanah di luar rumah dan untuk pengetahuan satu koloni spesies ini sahaja mampu menyerang lebih daripada sebuah rumah dan beberapa anggaran menunjukkan spesies ini juga mampu meliputi kawasan melebihi jarak kira-kira 100 meter. Bukan itu sahaja, Coptotermes juga mampu menjejaskan bahagian atas bangunan-bangunan berbagai tingkat.
|
Spesies Globitermes. |
|
Spesies Macrotermes. |
|
Spesies Schedorhinotermes. |
|
Spesies Coptotermes. |
Selain daripada spesies anai-anai tanah, terdapat spesies lain yang boleh bagi masalah sekali-sekala, biasanya berlaku di dalam rumah-rumah lama iaitu spesies anai-anai kayu kering. Spesies ini sekali-sekala melakukan serangan pada bumbung, malah lebih kerap terhadap barang-barang atau perabot lama.
Serangan spesies ini boleh dikenalpasti melalui kehadiran gentelan kecil, kering, berwarna coklat pudar dan kewujudan bahan tanah atau karton. Oleh kerana koloni-koloni anai-anai kayu kering membesar dengan sangat perlahan, tempoh jangka masa yang lama diperlukan bagi anai-anai untuk menyebabkan kerosakan yang ketara. Anai-anai spesies kayu kering seperti Cryptotermes dan Cryptotermes domesticus/Cynocephalus adalah spesies yang serimg menyerang kayu di dalam rumah-rumah di Malaysia.
|
Anai-Anai Cryptotermes. |
|
Anai-Anai Cryptotermes Domesticus. |
2. Merosakkan kayu yang digunakan
Kebiasaannya, kayu-kayu yang digunakan seperti kayu landas kereta api, kayu rangka rumah atau talian/meter elektrik adalah sasaran mudah untuk diserang oleh banyak spesies anai-anai daripada kayu atau tanah yang berdekatan dengan kawasan rumah atau bangunan-bangunan.
Kebanyakkan spesies anai-anai ini tertarik pada kayu yang telah reput atau lama. Walaubagaimapun, perkara ini masih boleh diatasi sekiranya kayu itu telah dipilih berdasarkan tahan lama atau telah dirawat dengan bahan kimia untuk melindunginya.
3. Menjejaskan pertanian, perhutanan dan tanaman
Masalah ini biasanya dilakukan oleh dua spesies anai-anai tanah iaitu Coptotermes Curvignathus dan Microcerotermes Dubius dimana spesies-spesies ini boleh membunuh pokok-pokok hidup di Malaysia. Akan tetapi, spesies Coptotermes Curvignathus mempunyai kepentingan dari segi pertanian, perhutanan dan tanaman-tanaman di bandar.
Berkemungkinan spesies ini yang dikatakan sebagai jurutera ekosistem dimana ia menjadi pengitar nutrisi dan kualiti tanah. Daripada situ kita dapat lihat sedikit kelebihan dan kelemahan anai-anai terhadap pertanian, perhutanan dan tanaman-tanaman di dalam/luar bandar. Tanpa anai-anai, hutan-hutan Malaysia berkemungkinan akan dipenuhi dengan sisa-sisa pokok tumbang. Akan tetapi ia akan menjadi masalah sekiranya makhluk ini berada di sekitar kawasan pertanian.
Dah nampak sedikit sebanyak kesan anai-anai? Jangan ambil mudah perkara ini sebelum ia menjadi masalah yang besar di kawasan rumah, bangunan-bangunan dan kawasan pertanian anda. Harus diingatkan, anai-anai yang anda berjaya hapuskan hanyalah di permukaan kawasan tersebut sahaja, namun terdapat beribu lagi anai-anai di sarang mereka. Hari ini anda sembur dengan racun seperti ridsect, esok lusa dah naik laluan baru yang dibuat anai-anai. Oleh itu, elakkan untuk sembur jika anda ternampak anai-anai di kediaman anda. Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan anai-anai. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan perkhidmatan yang terbaik untuk menghapuskan anai-anai di kediaman anda tidak kira baharu atau lama.
Jangan biarkan masalah anai-anai mengganggu anda. Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.
Nota: Kesemua gambar adalah ikhsan GOOGLE
No comments:
Post a Comment