Friday, June 25, 2021

3 langkah pencegahan semut Charlie

  nurthiera       Friday, June 25, 2021

Sekali pandang macam semut api ! 
Dua kali pandang bukan semut api tapi semut Charlie ! 

Semut Charlie atau dikenali sebagai semut kayap, kumbang 'Rove' atau tomcat merupakan sejenis kumbang yang mempunyai saiz kurang satu sentimeter panjang dan berwarna jingga serta hitam berkilat. Ia mempunyai sepasang sayap lut sinar, yang dilipat rapi dan kelihatan seperti semut yang merayap dalam keadaan biasa.

Biasanya semut Charlie boleh ditemui di kawasan yang mempunyai takungan air seperti di kawasan paya, sawah padi, ladang kelapa sawit dan kawasan padang. Namun, sifatnya yang tertarik kepada cahaya menyebabkan ianya mudah dijumpai di kawasan perumahan. Jadi jangan terkejut kalau tiba-tiba ada semut Charlie di kediaman anda.

Semut Charlie sebenarnya tidak menggigit manusia tetapi ia akan meninggalkan cecair toksin mengandungi Paederin yang akan menyebabkan gelembung air pada kulit sekiranya tidak dibasuh dengan segera. Terdapat beberapa salah faham yang menyangka kesan gelembung air tersebut adalah disebabkan dari gigitan semut Charlie tapi sebenarnya ia adalah kesan yang ditinggalkan oleh semut Charlie apabila ia terasa diancam.

Keradangan kulit disebabkan oleh charlie ini dinamakan Paederus dermatitis. Ketidakselesaan pada kulit ini adalah sederhana tetapi boleh berpindah ke kawasan lain seperti muka dan kawasan genital. Ia juga boleh menyebabkan Konjuktivitis pada mata. 

Berikut adalah langkah pencegahan semut charlie yang anda perlu tahu:

1) Elakkan bersentuhan dengan semut Charlie 



Elakkan bermain-main atau mengganggu semut Charlie jika ada kehadirannya merayap di sekitar rumah anda dan sebagainya. Elakkan bersentuhan secara terus dengan semut Charlie. Sebaiknya gunakan kain atau plastik sebagai alas sebelum anda menyentuh semut Charlie. 

Ini untuk mengelakkan anda membuatkan semut Charlie terancam dan akan merembeskan cecair toksin Paederin kepada anda. Oleh itu, pastikan anda kenal dan tahu tentang perihal semut Charlie sebelum anda bersentuhan dengannya. 

2) Tiup sekiranya semut Charlie menghinggap di badan 



Cara selamat untuk menghalau semut Charlie adalah dengan menggunakan alat untuk mencungkil atau tiup sahaja sekiranya semut Charlie merayap di badan atau anggota lain badan anda. Setelah ditiup dan semut Charlie telah terbang jauh, pastikan tiada cecair toksin Paederin dari semut Charlie semasa berada di anggota badan anda tadi. 

Hal ini untuk mengelakkan semut Charlie merembeskan cecair toksin Paederin kepada anda. Oleh itu, pastikan anda tidak panik dan pantas dalam menangani kehadiran semut Charlie di persekitaran anda. 

3) Basuh kawasan yang terkena cecair Paederin dengan air dan sabun 



Segera basuh dengan air dan sabun yang banyak jika terkena cecair toksin dari semut Charlie di badan anda. Toksin ini menyerap ke dalam kulit manusia dengan lambat. Pembersihan segera akan dapat mengurangkan kesan lebih buruk kepada kulit dan menyebabkan allergik. 

Disebabkan itu anda dilarang menyentuh anggota badan lain jika terdapat cecair toksin semut Charlie di badan anda. Hal ini untuk mengelakkan merebak ke kawasan lain. Akibatnya satu badan boleh terdapat gelembung air. Oleh itu, pastikan anggota badan yang bersentuhan dengan semut Charlie dibasuh dengan kadar segera. 


Jangan rasa gusar untuk hubungi pakar kawalan mahkluk perosak. Pihak kami akan berikan servis yang terbaik kepada anda supaya masalah makhluk perosak di persekitaran anda selesai. Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak.

Serahkan masalah anda kepada E Pest Control. Dapatkan nasihat profesional dari pakar kawalan makhluk perosak dengan 2 langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada makhluk perosak di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.

Sumber Twitter KKM Malaysia
Nota: Kesemua gambar adalah dari GOOGLE 

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 langkah pencegahan semut Charlie

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment