Tuesday, November 3, 2009

Teknik Yang Biasa DiGunakan Dalam Kawalan Serangga Perosak

  Mohd Shubhi       Tuesday, November 3, 2009
-         Berikut adalah teknik-teknik rawatan yang biasa digunakan dalam industri kawalan serangga dan makhluk perosak. Adalah perlu diingatkan bahawa perkara utama yang perlu di beri perhatian adalah mencari punca serangan dan pastikan segala punca tersebut dielakkan dahulu.
     
      Nyamuk.

o   Semburan udara dengan alat ULV atau Thermal Fogging untuk kawalan nyamuk dewasa
o   Semburan bersisa pada tempat singgahan nyamuk seperti dinding atau seumpanya untuk kawalan nyamuk pembawa malaria (Anopheles).
o   Semburan cecair larvacide atau taburan serbuk abate untuk kawalan jentik-jentik.
o   Kawalan yang dilakukan secara peribadi dengan menggunakan ubat lingkaran nyamuk, aerosol, pengwapan elektrik dan lain-lain.
o   Pengawalan secara biologi dengan menggunakan agent microbial.
-          Lipas
o   Semburan racun serangga bersisa.
o   Umpan Gel sesuai digunakan di kawasan yang sensitif seperti bilik komputer, zoo, tadika, dan sebagainya di mana semburan bersisa tidak sesuai digunakan.
o   Perangkap gam sesuai untuk tempat yang serangan lipas adalah rendah juga boleh dijadikan sebagai alat kawalan tahap serangan lipas di sesuatu kawasan.
o   Terdapat juga penggunaan aerosol khas untuk lipas.
-          Semut
o   Semburan bersisa
o   Umpan gel
-          Tikus
o   Pengumpanan menggunakan umpan “anticoagulant”.
o   Perangkap mekanikal
Perangkap gam


-          Anai-anai
o   Rawatan tanah dengan membuat sekatan bahan kimia bagi menghalang serangan anai-anai ke dalam bangunan. Rawatan tanah boleh dilakukan sebelum atau selepas pembinaan. Rawatan selepas binaan adalah lebih mahal dan sukar daripada rawatan tanah sebelum atau ketikan pembinaan.
o   Suntikan ubat anai-anai pada lubang yang ditebuk atau pada galian tanah yang digali sekeliling bangunan.
o   Untuk serangan anai-anai pada kayu, rawatan secara semburan pada kayu boleh dilakukan.
o   Teknik penghapusan terkini iaitu sistem pengumpanan.







logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Teknik Yang Biasa DiGunakan Dalam Kawalan Serangga Perosak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment