Saturday, March 26, 2011

Teknik Mengawal Tikus - Siri 3

  Mohd Shubhi       Saturday, March 26, 2011
Kawat dawai yang halus boleh digunakan bagi
menutup bukaan pada kawasan kawasan dapur
dan lain-lain.
Cara mudah mengawal tikus menyerang kediaman kita adalah dengan menghalangnya masuk. Ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan dan selamat tanpa penggunaan sebarang racun atau bahan kimia.

Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyah tikus 100% dari kediaman kita. Tikus kecil seperti cencorot umpamnya dapat memboloskan dirinya walaupun melalui jurang sebasar 1 cm. Tikus dapat masuk setiap lubang sebesar kepalanya, jika kepalanya lepas maka anggota lain akan dapat melepasi lubang yang dilaluinya. Walaupun badannya besar, ia mampu meleperkannya untuk memboloskan diri.


tutup rapat semua lubang dari luar
Namun ia perlu dilakukan sebagai salah satu cara yang melengkapi teknik kawalan tikus. Sebagai panduan sebarang ruang seluas 0.6 cm perlulah ditutup untuk mengahlang kemasukan tikus. Berikut adalah ruang-ruang yang biasa menjadi lalauan kemasukan tikus ke dalam kediaman kita.

  1. Semua tempat yang menjadi titik pertemuan kemasukan peralatan utiliti melaui dinding ke dalam rumah kita seperti, paip atau corong air, paip saluran paip elektrik atau penghawa dingin, saluran angin dapur dan lain-lain yang seumpama dengannya.
  2. Pecahan pada pintu atau dinding atau bumbung.
  3. Saluran longkang yang masuk ke dalam rumah.
  4. Perhatikan ruang terbuka dibawah antara pintu rumah kita dengan lantai. Jika ada ruang pastikannya ditutup atau dirapatkan.
Tutup semua bukaan yang pada tempat yang disebutkan di atas dengan bahan yang bersesuaian. Bahan-bahan seperti simen, campuran plaster dan sebagainya boleh digunakan pada dinding yang berlubang.

Bagi bukaan pada kawasan dapur anda juga boleh gunakan "wire-mesh" atau "metal-sheet". Jangan lupa untuk melihat saluran paip yang menuju masuk ke rumah anda. Fikirkan sesuatu bagi menhalang tikus menggunakan saluran ini memanjat masuk ke dalam rumah anda. 
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Teknik Mengawal Tikus - Siri 3

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment