Thursday, June 2, 2011

Bengkel biak jentik-jentik !

  Mohd Shubhi       Thursday, June 2, 2011
KUALA LUMPUR: Tujuh pengusaha premis barangan lusuh dan bengkel kereta di Jalan Chan Sow Lin, di sini, dikenakan tindakan oleh Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membiarkan takungan air sehingga menjadi tempat pembiakan jentik-jentik dan beroperasi tanpa lesen.
Dalam operasi bersepadu itu, tiga premis dikompaun atas kesalahan membiak jentik-jentik, manakala empat lagi premis dikompaun atas kesalahan beroperasi tanpa lesen.
Pengarah Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata pihaknya mendapati bengkel terbabit melakukan kesalahan mengikut Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975.
Pemeriksaan hari ini (semalam) mendapati tiga premis terbabit melakukan kesalahan mengikut akta berkenaan. Enam kompaun sudah kami keluarkan dengan setiap kompaun itu didenda RM500.
Empat lagi kompaun yang dikenakan terhadap premis yang beroperasi tanpa lesen akan dirujuk kepada Jabatan Pelesenan untuk diambil tindakan, katanya yang menyertai operasi itu, semalam.
Menurutnya, Jabatan Kesihatan DBKL memandang serius kesalahan pengusaha bengkel terbabit terutama membabitkan pembiakan jentik-jentik kerana kecuaian premis terbabit boleh mengancam nyawa orang lain.
Kami juga melakukan pemantauan di tiga kawasan panas yang mencatatkan kes denggi terbanyak iaitu di Apartment Seri Rakyat Bukit Jalil (25 kes), Menara Orkid Bandar Baru Sentul (16 kes) dan Seksyen 10 Wangsa Maju Blok B (5 kes), katanya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bengkel biak jentik-jentik !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment