Semua orang kenal lalat, sejenis serangga terbang yang amat merimaskan kita terutamanya jika ia berterbangan di atas hidangan ketika kita makan. Walaupun ia merupakan serangga yang amat biasa dengan kita namun banyak yang tidak kita ketahui mengenai lalat.
Terdapat sebanyak 116,000 spesis lalat di serata dunia. Walaupun begitu banyak spesis lalat namun apabila kita perkatakan tentang lalat, kita biasanya merujuk kepada spesis lalat rumah. Nama saintifik bagi lalat rumah adalah "Musca Domestica".
Lalat rumah yang bersaiz antara 6 ke 9 mm serta berwarna hitam kelabu ini sentiasa berlegar di sekitar kawasan di mana terdapatnya bahan buangan manusia seperti sampah. Lalat ini amat cekap mengadaptasi persekitarannya. Kini, di mana saja ada manusia di situ akan ada lalat.
Sedikit fakta mengenai lalat rumah
- Tahukah anda bagaimana kita dapat kenali yang mana satu lalat rumah betina dan yang mana jantan?, untuk membezakan antara betina dan jantan kita boleh melihat pada dua mata yang berada di hujung kepala lalat. bagi lalat jantan, kedua matanya lebih besar dan rapat antara satu sama lain, manakala lalat betina matanya lebih kecil dan jauh jaraknya antara kedua biji mata.
- Makanan lalat adalah pelbagai dalam lingkungan makanan manusia dan cara ia makan bergantung kepada bagaimana rupa bentuk makanan tersebut. Kebiasannya kita melihat lalat menghisap menggunakan belalai, makanan cecair atau separa cecair. Belalai tersebut kita namakan 'proboscis'.
- Lalat membiak pada bahan-bahan organik yang membusuk daripada manusia, binatang ataupun sayuran. Bahan tersebut mestilah lembab dan bukan cecair. Ini termasuklah najis binatang, najis manusia, sisa ikan dan udang, sampah sarap makanan buangan, baja compos, atau lumpur longkang.
- Lalat rumah jarang menghurung atau membiak pada bangkai atau daging seperti mana satu lagi jenis lalat yang biasa kita panggil lalat hijau. Mereka juga jarang membiak pada najis manusia walaupun dalam sesetengah kes memang ada.
- Mereka lebih gemar berkumpul dalam lingkungan setengah batu radius dan jarang merayap lebih daripada jarak tersebut secara berkumpulan.
- Pada waktu malam mereka akan berehat di luar kawasan rumah sekitar rumpur atau dahan-dahan pokok rendah di sekitar semak samun.
- Mereka juga gemar bereha di sekitar pagar, dawai atau benda-benda nipis dalam ketinggian 2 meter atau lebih daripada lantai dan kawasan tersebut mestilah bebas dari pukulan angin. Walau bagaimanapun lalat biasa juga berehat di bawah teduhan seperti bumbung di sekitar kawasan pasar atau gerai makanan.
- Pada waktu siang hari mereka akan bertebaran di antara kawasan makanan atau bahan buangan, atas lantai, dapur, bangsal binatang. Mereka berlegar-legar melakukan amtiviti mencari makan, bertelur dan berehat sebagai aktiviti rutin mereka.
Jangka hayat Lalat
- Jangkahayat seekor lalat adalah sekitar 8 ke 10 hari.
- Ia bermula dari peringkat telur bersaiz 1mm yang kekal selama 10 ke 12 jam
- Kemudiannya bertukar menjadi larvae dari saiz 1mm kepada 12mm selama 4 ke 5 hari. Dalam bentuk ini mereka lebih suka keadaan yang lebih panas dan lembab serta gelap.
- Dari larva ia akan bertukar menjadi kepompong dan bertukar menjadi kehitaman dalam masa 24 jam. Kepompong sedikit demi sedikit menjadi keras dan kekal dalam keadaan tersebut selama 4 ke 5 hari.
- Apabila tiba masanya lalat akan muncul keluar dari kepompong tersebut setelah menebuk lubang dari kulit keras itu. Lalat yang keluar berwarna perang pucat, lembut dan tidak bersayap. Sayap akan muncul keluar dan kulitnya mengeras dan warnanya bertukar dalam masa ia berehat selepas keluar dari kepompong selama 2 ke 24 jam. Selepas keluar sayapnya lalat mula aktif mencari makan.
- Selepas daropada itu bagi lalat jantan ia mula aktif bersenyawa selepas 24 jam manakala lalat betina selepas 30 jam.
- Dalam tempoh 2 ke 3 hari lalat betina mula mengeluarkan telur dalam jumlah sekitar 100 ke 150 biji. lalat mampu hidup selama seminggu dan dalam tempoh tersebut ia bertelur sebanyak 2 ke 3 kali.
Lalat dan Kepentingan Kesihatan.
- Lalat merupakan agen pembawa penyakit. Ini berpunca daripada tabiaatnya yang sentiasa mencari makan dan bergelumang di tempat-tempat kotor. Kuman-kuman yang melekat pada anggota lalat akan berpindah kepada makanan manusia apabila lalat singgah di situ.
- Antara penyakit yang disebabkan oleh lalat adalah seperti disentri, cirit birit, demam kepialu, keracunan makanan, taun, dan juga penyakit kulit.
Selain daripada mendatang berbagi penyakit lalat juga amat merimaskan kita ketika sedang bekerja, makan atau berehat. Dari segi ekonomi, industri pelancongan juga akan terjejas teruk pada tempat yang banyak lalat kerana ia dikaitkan dengan kawasan kotor dan tidak sihat. Lalat bukan saja mengganggu manusia malah ia juga akan menyebabkan hasil susu dari lembu menurun dengan banyak jika ladang lembu tersebut diserang lalat.
Bagaimanakah cara yang berkesan bagi mengawal serangan lalat pada tempat penginapan kita?, caranya akan diterangkan pada siri yang akan datang.
good info
ReplyDeleteTQ
Deletemohon info pasal lalat hijau ada?
ReplyDelete