Thursday, June 2, 2011

Penggunaan Anjing Bagi Mengesan Pepijat Mendapat Permintaan Tinggi

  Mohd Shubhi       Thursday, June 2, 2011
Masalah pepijat yang melanda Amerika menghantui industri perhotelan di sana. Di negara kita juga banyak hotel-hotel mengalami masalah yang sama di mana banyak aduan tentang pepijat dilaporkan oleh penyewa bilik-bilik hotel.

Bukan mudah untuk mengenal pasti di mana pepijat menyorok dan membiat di dalam bilik-bilik hotel. Binatang kecil dan leper ini mampu membiak di celah-celah tilam atau katil serta perabut hotel tanpa di kesan.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh manusia dengan keupayaan yang kita ada hanya mampu mengesan dalam lingkungan 20% ke 30% kewujudan pepijat sahaja. Tetapi jika anjing yang dilatih mengesan pepijat mereka mampu mengesan sehingga ke tahap 95% kewujudan pepeijat.

Tidak hairanlah permintaan terhadap perkhidmatan melatih anjing mengesan pepijat di Amerika melambung tinggi sekarang ini. Mereka juga turut menyediakan sijil bagi mengiktiraf kepakaran anjing yang dilatih dalam mengesan pepijat.

Baca ceritanya di bawah:

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Penggunaan Anjing Bagi Mengesan Pepijat Mendapat Permintaan Tinggi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment