Thursday, August 4, 2011

Bagaimana Anda Tahu Samada Syarikat Pest Control Itu Berkelayakan - Siri 2

  Mohd Shubhi       Thursday, August 4, 2011
Jika anda mempunyai masalah anai-anai tetapi tidak pasti samada ia benar-benar serangan anai-anai, anda boleh mendapatkan khidmat syarikat kawalan serangga untuk membuat pemeriksaan terhadap premis anda.

Kebiasannya syarikat akan melakukan pemeriksaan secara percuma bagi mengenal pasti samada premis anda telah diserang oleh anai-anai atau tidak.

Dengan menyatakan minat anda untuk mendapatkan pemeriksaan anai-anai, syarikat akan menghantar juruteknik mereka bagi melakukan pemeriksaan.

Di situ anda boleh bertanya samada juruteknik yang disediakan oleh syarikat memiliki lesen pengendali bahan racun perosak atau tidak.

Semua pekerja syarikat pest control yang menjalankan perkhidmatan mereka di premis orang wajib memiliki sijil yang di namakan PAL - Pesticide Applicator License.

Jika jawapannya adalah ya maka syarikat itu berkelayakan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana Anda Tahu Samada Syarikat Pest Control Itu Berkelayakan - Siri 2

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment