Wednesday, August 24, 2011

Dubai Pertingkat Usaha Kawalan Tikus Dan Serangga Perosak Lain

  Mohd Shubhi       Wednesday, August 24, 2011
Majlis perbandara di Dubai meningkatkan usaha mereka bagi membenteras serangan serangga dan makhluk perosak terutamanya tikus dan juga lipas. Mereka menambah jumlah kakitangan bagi melakukan pemeriksaan di segenap cerok Dubai untuk memastikan status serangan makhluk perosak tersebut.

Sebelum ini kerajaan Dubai mewajibkan semua syarikat pembinaan melantik syarikat kawalan makhluk perosak untuk melakukan rawatan bagi membenteras masalah tikus dan juga serangga di kawasan pembinaan mereka. Ini berikutan merebaknya serangan makhluk perosak seperti tikus di kawasan-kawasan pembinaan terutamanya yang telah ditinggalkan.


Antara perkara yang diberikan perhatian adalah tahap kebersihan di semua kawasan. Kawasan yang bersih dapat menghalang serangan makhluk perosak. Pendekatan pendidikan dan kesedaran kepada masyrakat juga digiatkan oleh para pegawai terutamanya kepada para pengusaha restoran dan juga perniagaan lain.

Laporannya di sini.

[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Dubai Pertingkat Usaha Kawalan Tikus Dan Serangga Perosak Lain

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment