Saturday, August 20, 2011

Teknik Kawalan Makhluk Perosak Bersepadu Di Ladang Mangga Meningkatkan Hasil Yang Tinggi Di Filipina

  Ano Nyme       Saturday, August 20, 2011
Teknik kawalan makhluk perosak bersepadu atau terkenal dengan panggilan IPM (Integrated Pest Management) berjaya meningkatkan hasil pertanian buah mangga di Filipina.

Ada dua masalah besar yang dihadapi oleh para petani buah mangga di Filipina. Pertama adalah masalah serangan kumbang kulit mangga (mango pulp weevil - MPW) dan keduanya adalah serangan Anthracnose iaitu masalah kulat yang menyerang buah, daun, bunga dan dahan pokok mangga.


Kita biasa menemui buah mangga yang sempurna dari luarnya tetapi apabila dikupas isi di dalamnya busuk dan tidak boleh dimakan. Ini di sebabkan suntikan telur oleh MPW ke dalam buah mangga yang kemudiannya bertukar menjadi ulat atau larva. Larva ini menjadikan isi buah mangga sebagai makanannya untuk membesar sementara ia bertukar menjadi kumbang. Sebab itulah pada bahagian luarnya kelihatan bersih.

Asas teknik IPM adalah dengan menjaga kebersihan sekitar ladang dengan membuang segala daun serta batang yang jatuh ke bawah pokok agar sentiasa kemas dan bersih. Ini dapat menjadikan kawasan tersebut tidak digemari oleh kumbang kulit mangga sekali gus mengurangkan jumlah populasinya.

Kerja mencantas dahan pokok juga sering dilakukan secara bersepadu dan berpusat agar keseluruhan kawasan ladang lebih terdedah kepada sinaran matahari yang merupakan satu lagi cara untuk menjadikan suasana persekitaran tidak digemari oleh kumbang kulit mangga.

Seterusnya penggunaan bahan kimia bagi meracun dan membunuh kumbang juga dilakukan dengan kekerapan yang lebih kurnag daripada biasa. Racun bagi menghalang pembiakan kulat juga disembur bagi mengawal serangan kulat.

Semua petani yang dilatih menjayakan IPM pada ladang mangga mereka meraih hasil tanaman sehingga lebih daripada 100% peningkatan berbanding biasa. Ikuti laporan lanjut di sini.


[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Teknik Kawalan Makhluk Perosak Bersepadu Di Ladang Mangga Meningkatkan Hasil Yang Tinggi Di Filipina

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment