Sunday, August 28, 2011

Tips Memilih Syarikat Pest Control

  Mohd Shubhi       Sunday, August 28, 2011
Logo PCAM
Kenapa kita memerlukan khidmat syarikat pest control:

  1. Jika rumah kita diserang anai-anai dan banyak dari struktur kayu rumah kita telah hancur dan kita tidak sanggup lebih banyak kerosakan berlaku.
  2. Tiada lagi serangan ani-anai tetapi kita mahu pastikan serangan anai-anai tidak berlaku atau dikesan dalam peringkat awal sebelum dimusnahkan.
  3. Rumah kita terlalu banyak lipas samada jenis kecil atau jenis besar dan kita tidak sanggup rumah kita kelihatan tidak bersih dan menjijikkan.
  4. Terlalu banyak semut di rumah kita dan ia merosakkkan banyak makanan kita.
  5. Banyak tikus bermain-main di atas siling rumah dan tikus merosakkan rumah serta makanan kita.
  6. Jika kita memiliki perniagaan seperti kedai runcit, restoran serta kilang proses makanan.
  7. Kita memiliki resort atau chalet atau hotel dan tidak mahu ada gangguan binatang perosak seperti tikus, lipas dan lain-lain membuatkan pelanggan menjauhkan diri.
  8. Ada sarang tebuan atau lebah di rumah atau berdekatan rumah.
  9. Rumah kita menjadi pusat berkumpul burung yang merimaskan.
  10. Ringkasnya anda tidak mahu apa-apa binatang atau serangga mengganggu anda...
Anda memerlukan khidmat syarikat Pest Control.

Terdpat banyak syarikat pest control di negara kita. Bagaimana caranya untuk memilih syarikat yang boleh dipercayai:
  1. Cara paling mudah adalah dengan memasuki laman web persatuan pest control Malaysia (PCAM) di sini.
  2. Anda boleh melihat senarai 'members' untuk mencari syarikat yang beroperasi di negeri yang anda tinggal. Anda juga boleh melihat syarikat yang berada paling hampir dengan alamat rumah anda dengan melihat alamat syarikat tersebut.
  3. Pilihlah 2 atau 3 syarikat yang tersenarai dalam laman portal tersebut sebagai ahli persatuan.
  4. Anda tidak perlu risau samada syarikat yang anda pilih di atas mempunyai lesen atau tidak kerana semua syarikat yang mahu menjadi ahli PCAM wajib memiliki lesen.
  5. Hubungi syarikat tersebut dan dapatkan sebut harga daripada mereka.
  6. Elok jika anda minta syarikat menerangkan kepada anda bagaimana dia mahu menyelesaikan masalah anda terlebih dahulu dan bandingkan harga yang anda dapat.
  7. Jika syarikat tidak menunaikan perkhidmatan sebagaimana yang dijanjikan, anda boleh menghubungi PCAM untuk membuat aduan.
  8. Jangan menerima tawaran daripada pekerja syarikat yang anda pilih untuk menyelesaikan masalah anda secara peribadi dengan harga yang murah. Ini bakal membuatkan diri anda ditipu dengan berbagai cara dan anda tidak ada tempat untuk mengadu. Paling baikpun anda boleh memberitahu syarikat berkenaan bahawa anda telah membiarkan pekerja syarikat menipu anda.
  9. Jangan menerima sebarang tawaran rawatan pest control terutamanya untuk kerja fogging daripada syarikat yang mendakwa mereka wakil jabatan kesihatan dan mahu mengenakan bayaran terhadap perkhidmatan mereka. Jabatan kesihatan sentiasa melakukan kerja fogging secara percuma.
Nasihat saya yang paling penting sekali adalah jangan sekali-kali melakukan kerja pest control dengan membeli racun daripada kedai hardware dan melakukannya sendiri sedangkan anda tidak tahu menahu lansung apa jenis racun yang anda gunakan dan bagaimana mengendalikannya.

Anda juga dinasihatkan agar jangan membeli racun yang dijual dipasar malam atau tepi jalan yang tidak dinyatakan bahan aktif racun tersebut dan ia tidak berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak Malaysia.


[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tips Memilih Syarikat Pest Control

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment