Sunday, October 16, 2011

Semburan Racun Pepijat Berlebihan Beri Kesan Tidak Baik Pada Kesihatan !

  Mohd Shubhi       Sunday, October 16, 2011
Masalah pepijat yang yang amat teruk melanda Amerika menyebabkan penggunaan racun serangga khas untuk makhluk tersebut meningkat secara mendadak. Pusat kawalan dan pencegahan penyakit Amerika mengeluarkan laporan tentang penggunaan racun pepijat mendedahkan banyak kes jatuh sakit dan ada yang meninggal dunia yang boleh dikaitkan dengan penggunaan racun pepijat.

Laporan itu menyatakan terdapat sekurang-kurangnya satu kematian dan 111 kes jatuh sakit berpunca daripada masalah racun pepijat. Racun pepijat kebiasannya menggunakan bahan aktif yang dipanggil pyrethroids dan juga pyrethrins atau kedua-duanya sekali.

Kebanyakannya berpunca daripada semburan yang berlebihan dan juga langkah-langkah keselamatan yang lemah seperti tidak membasuh terlebih dahulu barangan seperti kain, cadar dan seumpama dengannya selepas terkena bahan kimia tersebut.


Untuk pengetahuan semua, kita boleh membaca apakah bahan aktif pada sesuatu bahan kimia dengan melihat pada label bekas racun tersebut. Perhatikan apakah bahan yang tercatit pada label 'bahan aktif'. Banyak racun serangga menggunakan bahan aktif pyrethroids dan juga pyrethrins.



[Iklan:]
[ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda.PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai.Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Semburan Racun Pepijat Berlebihan Beri Kesan Tidak Baik Pada Kesihatan !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment