Semburan bahan kimia pada tapak binaan untuk rawatan tanah pencegahan anai-anai perlu dilakukan pada semua tapak binaan |
Kesemua bangunan yang dibina dibawah Jabatan Kerja Raya diwajibkan pihak kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja anti-termite atau pencegahan serangan anai-anai terhadap tapak bangunan yang bakal dibina tersebut. Kerja-kerja pencegahan anai-anai itu biasanya di namakan rawatan tanah atau dalam bahasa inggerisnya 'soil treatment'.
Setelah bangunan siap di bina pihak kontraktor yang melakukan rawatan tanah bagi mencegah anai-anai tersebut akan mengeluarkan sijil jaminan bagi tempoh-tempoh tertentu yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Sepatutnya semua bangunan perlulah mengikut spesifikasi yang sama sepertimana bangunan yang dibuat oleh JKR terutamanya para developper yang membina rumah-rumah penginapan.
Banyak kejadian rumah yang telah dibeli oleh orang ramai akan didiami oleh anai-anai terlebih dahulu sebelum tuan yang membelinya mendudukinya.
Jika terjadi seperti ini pihak pembeli hendaklah merujuk kembali kepada developper bertanyakan tentang jaminan anai-anai yang terdapat pada rumah yang telah dibelinya.
Cara yang paling baik adalah dengan memastikan anda bertanya soalan samada jaminan anai-anai diberikan pada rumah yang anda mahu beli dan jika ada berapa tahunkah jaminan yang telah diberikan.
Sekarang ini sudah ramai para developper yang memasukkan jaminan anai-anai ini sebagai salah satu daripada tawaran mereka terhadap para pembeli. Pastikan anda tahu berapa tahunkah jaminan yang ada dan jika rumah anda di serang anai-anai dalam tempoh tersebut siapakah pihak yang bertanggung jawab untuk menyelesaikannya.
Perkara yang sama juga boleh anda bertanya jika anda membeli rumah dari tangan atau pihak kedua. Rumah lama yang telah didiami juga tidak aman dari masalah serangan ani-anai. kebiasannya, tuan rumah yang perihatin akan melakukan rawatan anai-anai pada rumahnya agar hartanya iotu dapat dilindungi.
Tanyalah pada tuan rumah jika rumah yang mahu dijualnya itu telah dilakukan rawatan anai-anai dan jika da bilakah tarikh tamatnya. Anda boleh minta untuk melihat sijil yang dikeluarkan oleh syarikat yang melakukan rawatan anai-anai tersebut untuk emastikan rawatan jenis apakah yang telah dilakukanya.
[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
No comments:
Post a Comment