Wednesday, March 7, 2012

Tips Kawal pembiakan nyamuk di sekitar rumah anda

  Mohd Shubhi       Wednesday, March 7, 2012

Bergotong royong membersihkan kawasan
mampu menyelesaikan sebahagian besar
dari masalah pembiakan nyamuk.
  • Kes demam denggi di negara kita terutamanya di Selangor amat serius sekarang ini. Kita semua mampu menyumbang dalam usaha mengawal pembiakan nyamuk aedes. Dengan sedikit pengetahuan dan sedikit kerajinan kita dapat memastikan situasi wabak demam denggi di negara kita dapat dikawal.
  • Berikut beberapa tips yang dapat membantu anda mengawal pembiakan nyamuk di sekitar rumah anda:
    • Jaga kebersihan - Kebersihan di sekitar rumah kita merupakan perkara utama yang perlu diberikan perhatian. Dengan memastikan sekeliling rumah kita bersih, kita sebenarnya telah berjaya menyelesaikan sebahagian besar daripada masalah pembiakan nyamuk. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah:
      • Pastikan rumput rampai di laman rumah anda sentiasa pendek. Rumput atau semak yang panjang boleh menghalang pemandangan kita jika terdapat bahan takungan seperti tin buruk dan seumpamanya tersorok di sebalik semak samun tersebut.
      • Bekas yang boleh menakungkan air hendaklah dikutip dan dibuang daripada bertaburan di sekeliling rumah.
      • Jangan gunakan lembaran plastik untuk menutup barang seperti kayu atau lain-lain di kawasan terdedah. Lembaran plastik mampu menakungkan air selepas hujan dan ini bakal menjadi pusat pembiakan nyamuk, tambahan pula jika ia berada di bawah pokok yang teduh, ia amat strategik untuk pembiakan nyamuk aedes.
      • Jika anda perlu menyimpan barang lama di luar rumah pada kawasan terdedah. Buatlah bangsal berbumbung yang sempurna bagi menghalang barangan itu dari ditimpa hujan dan jangan gunakan plastik.
      • Jangan jadikan tayar kenderaan terpakai atau bekas lain sebagai bahan perhiasan sekeliling rumah anda sebelum pastikan ia ditebuk dan bebas dari takungan air.
      • Pastikan anda memantau longkang didepan atau belakang rumah anda sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Jangan biarkan longkang tersekat dan segera buat sesuatu jika anda lihat air tidak mengalir.
      • Tutuplah tong-tong sampah yang berada di luar rumah anda. Ini dapat mengelakkan air bertakung selepas hujan.
    • Masukkan ubat jentik-jentik ke dalam takungan air.
      • Jika anda menadah air hujan dalam bekas yang besar untuk dijadikan air siraman pokok, pastikan anda meletakkan ubat jentik-jentik ke dalamnya agar pembiakan nyamuk dapat dihapuskan.
      • Ubat jentik-jentik juga perlu di masukkan ke dalam mana-mana tadahan air yang berada di dalam rumah anda seperti pada kaki pelapik atau tapak pasu bunga. Yang paling baiknya jangan biarkan ada air bertakung di situ.
    • Lakukan pengasapan (Fogging) dengan mendapatkan khidmat syarikat kawalan serangga perosak seperti Pest Sciences atau lain-lain syarikat yang berlesen.
      • Jika anda duduk di kawasan kejiranan yang baik. Berpakatlah untuk mendapatkan khidmat pengasapan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kos menjadi lebih murah jika anda melantik satu syarikat menjalankan menjalankan kerja pengasapan di keseluruhan kawasan taman anda.
      • Jika nyamuk terlalu banyak di sekeliling rumah anda, pantaulah semula dan laksanakan segala usaha pembersihan sepertimana yang disebutkan di atas dan lakukan kerja pengasapan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk 6 minggu berturut-turut. Ini mampu membunuh kitaran nyamuk dewasa dan juga yang baru bertukar dari jentik-jentik kepada nyamuk dewasa.



[Iklan:]
[ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma untuk premis anda. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ] [PestSciences provide profesional pest control services to get rid of your Termites, Cockroaches, Ants, Rats, Mosquitoes, Bedbugs and other pests problem from your premises. Call 019-2260807 to get rid of your pest problems or email us at info@pestsciences.com]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tips Kawal pembiakan nyamuk di sekitar rumah anda

Previous
« Prev Post

1 comment: