Thursday, June 7, 2012

Rasa tertipu dengan syarikat Pest Control

  Mohd Shubhi       Thursday, June 7, 2012
Berikut rungutan yang saya terima daripada seorang pembaca yang merasakan dirinya tertipu oleh sebuah syarikat kawalan serangga perosak:

"Salam, bang, saya pernah mengupah syarikat pest control yang berlesen. Tapi kecewa dengan cara kerja. Sebelum bagi kerja, mcm2 dia tunjuk, lesen kewangan taraf bumiputra, lesen pal, entah apa2 lagi. Lepas buat kerja semburan hancur rumah saya. Bukan makin baik, makin teruk. Skrg dah tak boleh percaya. Mcm ustaz bila pakai serban kita sangka org tu baik. Tapi sebalik tuhan je yang tahu. Last sekali saya buat sendiri atas bantuan anak sedara saya yang bekerja dengan syarikat Rentokil. Nasib baik dia tolong tunjukan cara. Baru semuanya okey. Susah nak percaya lagi. Rasanya serik. Tu yang ada lesen. Tak tahu mcm mane boleh dpt lesen"

Saya tidak pasti khidmat apa yang telah pengadu di atas dapatkan, tapi memang tidak dapat dinafikan ada syarikat yang hanya mementingkan keuntungan jangka pendek dengan menjanjikan bermacam-macam kehebatan pada pelangannya. Tumpuan syarikat sebegitu adalah untuk memastikan mereka mendapat pelangan dengan apa cara sekalipun.


Setelah pelangan memberikan kepercayaan pada mereka dan menerima tawaran daripada syarikat tersebut, kualiti pekerjaan rawatan serangga perosak tidak sebagaimana yang diharapkan. Malah ada syarikat yang lansung tidak melayan aduan pelangan terhadap kerja mereka yang tidak memuaskan.

Sebenarnya pelangan tidak sepatutnya menyalahkan 100% kepada syarikat tersebut dan lebih-lebih lagi mempunyai persepsi bahawa semua syarikat kawalan serangga perosak seperti itu. Dalam kes saudara yang memberikan komennya di atas, ternyata ada syarikat yang memang berkualiti seperti Rentokil, sehingga mampu mendidik pekerjanya memberikan tunjuk ajar pada pengadu sehingga pengadu mampu menyelesaikan sendiri masalah serangan serangga perosaknya.

Saya agak musykil kenapa dia tidak mengambil saja syarikat Rentokil untuk menyelesaikan masalah serangan serangga perosak di rumahnya. Ada kemungkinan harga yang ditawarkan oleh syarikat yang telah memberikan perkhidmatan padanya adalah jauh lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh Rentokil.

Ini merupakan salah satu daripada masalah pengguna yang bersikap mahukan segalanya murah tetapi kualiti kerja hebat. Perumpamaannya adalah seperti mahu membeli BMW dengan harga Proton. Ia adalah sesuatu yang hampir mustahil dalam suasana kos yang apat mencabar ini.

Kalau pengadu di atas telah mendapatkan khidmat dari syarikat yang dilangannya dengan harga yang berpatutan seperti mana yang ditawarkan oleh syarikat lain dan dia masih tidak berpuas hati dengan servis yang diterimanya, jalan yang paling baik adalah dengan mengadi terus pada boss syarikat itu.

Jika ia masih tidak mendapat layanan yang sepatutnya, pengadu boleh terus membuat aduan pada Kementerian Pengguna yang biasanya akan mengambil aduan dan meminta syarikat yang diadu tampil ke depan menjawab aduan yang telah diterimanya.

Jika pengadu mendapatkan khidmat rawatan anai-anai, dia sudah tentu mendapat tempoh jaminan sekurang-kurangnya selama 2 tahun. Ini bermaksud, sebarang ketidak puasan hati boleh diadukan terus pada syarikat itu dan kalau tidak di layan juga buat aduan ke jabatan pengguna.

Sebagai pengguna anda sepatutnya tahu apa yang anda jangka daripada syarikat yang anda gunakan khidmatnya. Anda juga patut buat aduan terus pada syarikat tersebut itu jika ada sebarang masalah dengan kerja yang telah dilakukannya. Aduan juga boleh dibuat secara rasmi pada PCAM, iaitu persatuan pest control Malaysia yang akan mengambil langkah pantas bagi memastikan tiada ahlinya memburukkan reputasi industri kawalan serangga perosak di negara kita ini.


[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma untuk premis anda. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ] [PestSciences provide profesional pest control services to get rid of your Termites, Cockroaches, Ants, Rats, Mosquitoes, Bedbugs and other pests problem from your premises. Call 019-2260807 to get rid of your pest problems or email us at info@pestsciences.com]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Rasa tertipu dengan syarikat Pest Control

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. tak semua syarikat pest control(PC) mcm tu..sblm kita memilih PC kita kena tgk dlu cara2 kerja atau gamabar kerja2 yg pernah dorang buat..mcm sy rumah sy dulu pernah naik anai2 sy lantik syarikat CN PEST SERVICES S/B alhamudullilah jaminan diberikan 2 tahun tp dh 5 tahun berlalu anai2 tidak aktif..

    ReplyDelete