Friday, October 26, 2012

Rumah ada anai-anai, apa nak buat?

  Ano Nyme       Friday, October 26, 2012
Anai-anai ada di mana-mana saja. Cuma kehadirannya tidak kita ketahui disebabkan tabiat anai-anai yang sentiasa menjauhkan diri daripada cahaya. Oleh kerana manusia lebih suka berada di dalam tempat yang cerah bercahaya, maka kita sering terasing daripada menemui anai-anai.

Tabiat menjauhkan diri daripada cahaya juga membuatkan anai-anai lebih gemar menyerang kawasan berkayu yang jarang diganggu oleh manusia. Kebiasannya kita akan terserempak dengan anai-anai di dalam rumah kita pada tempat yang setahun sekali kita masuk.

Antara tempat seperti itu adalah seperti kawasan stor bawah tangga, kawasan kabinet yang disimpan barang-barang lama yang jarang kita buka atau almari yang tersorok di bahagian dinding atau dalam bilik yang jarang kita masuk.


Dalam keadaan ini biasanya kerosakan yang berlaku telah terlalu teruk. Kalau buku-buku yang kita simpan, ianya sudah tidak boleh digunakan lagi dan jika perabut kayu, nampaknya kita terpaksa menukar bahagian yang telah rosak.

Jika anda temui kejadian sedemikian, apakah yang perlu anda lakukan?

  • Jangan sembur dengan apa-apa racun. Biasanya orang ramai akan panik dan mula membunuh anai-anai yang banyak itu dengan menggunakan aerosol yang ada di dalam rumah. Ini akan membunuh hanya sebahagian kecil sahaja daripada setengah juta ekor anai-anai di bawah atau berhampiran rumah anda.
  • Ubah terlebih dahulu barangan yang belum rosak tanpa mengacau kedudukan anai-anai. Berhati-hati ketika mengubahnya agar tidak mengganggu aktiviti mereka.
  • Segera menelefon Knockout Fumigation Sdn Bhd di nombor 019-226 0807 atau syarikat pest control lain yang anda kenal untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan secara percuma dan anggaran kos memusnahkan anai-anai yang menyerang rumah anda.
  • Dapatkan sebut harga memusnahkan anai-anai dengan menggunakan teknik pengumpanan atau 'Baiting System'. Ini lebih berkesan jika rumah anda sudah di serang anai-anai dengan banyak. Teknik ini akan membantu memusnahkan keseluruhan koloni anai-anai yang ada di bawah rumah anda.
  • Pastikan harga yang anda dapat merangkumi kerja pemusnahan anai-anai beserta kerja pemantaun selama setahun.
  • Jangan ambil tawaran harga murah dengan hanya membiarkan syarikat pest control sekadar menyembur racun serangga pada kawasan yang diserang anai-anai. Ini hanya jalan penyelesaian sementara. Anai-anai akan mula menyerang di bahagian lain rumah anda pulak selepas itu.
Pastikan anda dapatkan khidmat pest control daripada syarikat yang berlesen dan berdaftar dengan Pest Control Association of Malaysia, kebajikan anda akan lebih terjamin dengan menggunakan syarikat seperti Knockout Fumigation Sdn Bhd atau lain-lain syarikat yang berlesen.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Rumah ada anai-anai, apa nak buat?

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. aerosol mmg tak boleh control...racun dgn bahan aktif fipronil 5.0% ok..

    ReplyDelete