Friday, February 8, 2013

Hari keluarga Knockout Fumigation

  Unknown       Friday, February 8, 2013
Keletihan memberikan khidmat terbaik pada para pelanggan sepanjang tahun perlu dihargai. Untuk itu syarikat pest control kegemaran anda telah menjayakan hari keluarga dengan mengumpulkan kesemua warga Knockout dalam satu pertandingan bowling secara santai bertempat di Kompleks U8, Shah Alam.


Aksi bermula seawal pukul 9 pagi dengan kesemua warga syarikat Knockout berkumpul dan menjamah selera waktu sarapan. Sarapan yang berupa Bihun, terul goreng, sambal ikan bilis, kuih-muih, minuman dan lain-lain disediakan agar matlamat berkumpul dan saling merapatkan hubungan tercapai.

Pertandingan bermula selepas itu dan berakhir dengan makan tengahari berramai-ramai di sebuah restoran di komplek yang sama. Makan tengahhari secara buffet dalam keadaan lapar amat menyelerakan. makanan licin tanpa ada pembaziran.

Selesai menjamu selera, majlis potong kek sempena sambutan hari lahir dua orang pekerja syarikat diadakan dengan penuh ceria. Selesai makan kek majlis penyampaian sumbangan penghargaan berupa wang diberikan kepada keseluruhan staff.

Pada ucapan penutup syarikat yang dibuat oleh pengarah urusan syarikat saudara Mohd Shubhi, beliau meletakkan sasaran sambutan hari keluarga untuk tahun 2013 diadakan disebuah pulau peranginan samada Pulau Tioman, Pulau Langkawi atau Pulau Perhentian.

Bagi merealisasikan sasaran ceria tersebut, semua digesa berusaha untuk memenuhi sasaran syarikat dari segi jumlah jualan yang mana ia adalah dua kali ganda daripada apa yang telah berjaya dicapai sepanjang tahun 2012.

Insyallah, dengan sokongan semua pelanggan setia dan kesungguhan kesemua warga syarikat Knockout memberikan sokongan terbaik sasaran yang diletakkan bakal menjadi kenyataan.




logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hari keluarga Knockout Fumigation

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment