Wednesday, May 15, 2013

Kekecewaan paling besar dalam industri Pest Control

  Ano Nyme       Wednesday, May 15, 2013
Satu daripada masalah besar yang dihadapi syarikat-syarikat Pest Control di negara kita adalah gagal untuk menepati masa yang dijanjikan pada pelanggan.

Berlaku banyaik kes di mana pelanggan sangat kecewa sehingga menamatkan kontrak perkhidmatan daripada syarikat tertentu kerana terlalu kerap tidak menepati masa.

Kebiasannya, syarikat pest control akan menyediakan jadual terlebih dahulu sebelum memberikan perkhidmatan mereka pada pelanggan.

Jadual yang disediakan perlu terperinci dengan menyatakan pukul berapa kerja akan bermula dan bila kerja akan tamat. Ini bagi membolehkan kerja yang berikutnya dapat diisi oleh syarikat dan akhirnya mengoptimumkan kerja pada setiap pasukan pekerjanya.

Dengan merancang lebih daripada dua kerja untuk satu pasukan yang sama, ia akan membawa pada satu masalah besar apabila, salah satu kerja yang dijanjikan telah lari daripada jadualnya. Jika satu jadual lari, bermakna keseluruhan jadual akan berubah.


janji yang tidak ditepati dalam perkara yang menyentuh masa amat menyusahkan pelanggan. Jika terlalu kerap, syarikat akan kehilangan pelanggan dengan percuma dan merosakkan reputasi syarikat tersebut.

Kenapakah banyak syarikat pest control gagal menepati masa? Ada banyak sebab, antaranya adalah:

  • Leka dengan masa dan tidak ada budaya menghormati masa.
  • Trafik yang sesak
  • Kerosakan kenderaan atau kemalangan
  • Salah faham
  • Tidak dapat melaksanakan kerja pada masa yang ditetapkan
  • Pelanggan tidak puas hati dengan kerja dan komplen setiap kali kerja sedang dijalankan
  • Kenderaan tertinggal peralatan dan terpaksa berpatah balik ke pajabat
  • Bahan kimia tak cukup
  • Jam rosak
  • Terlupa atau tidak tahu jalan
  • Tidak menetapkan masa dengan terperinci seperti janji pada pelanggan akan sampai dalam lingkungan pukul 3 hingga 3.30, biasanya pekerja akan pergi ikut suka hati dan mula bergerak ke sana hanya pada pukul 3.30
  • Jarak antara satu pelanggan dengan pelanggan berikutnya terlalu jauh.
  • Dan lain-lain
Jika kita lihat terlalu banyak sebab kelewatan adalah disebabkan kegagalan pekerja syarikat melaksanakan kerja mereka dengan betul. Hanya beberapa masalah sahaja yang berada di luar kawalan syarikat seperti kemalangan. 

Selain daripada masalahb kemalangan kelewatan adalah sesuatu yang boleh dielakkan.

Rumusannya hanya ada satau sebab kenapa syarikat gagal menepati masa, sebabnya adalah:
"Tidak ada kesungguhan melaksanakan kerja yang diamanahkan pada mereka"
Ini boleh berlaku atas dua faktor:
  1. Tidak mendapat latihan yang secukupnya
  2. Cukup latihan tetapi sukar untuk mengubah tabiat yang buruk
Bagi punca kedua, jalan terbaik adalah dengan membuang pekerja jenis tersebut dan gantikan dengan mereka yang lebih serius untuk memberikan yang terbaik pada pelanggan mereka.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kekecewaan paling besar dalam industri Pest Control

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment