Wednesday, July 24, 2013

Guna kulit telur untuk halau serangga di taman anda

  Ano Nyme       Wednesday, July 24, 2013
Petua ini khas untuk anda yang mempunyai taman atau kebun dan mahu menggunakan teknik selamat, organik dan tanpa pencemaran untuk menghalau serangan serangga dan makhluk perosak dari merosakkan kebun.

Caranya mudah sahaja, setiap kali anda pecahkan telur untuk memasak, jangan buang kulit telur tersebut. Sebaliknya kumpulkan dan hancurkan kesemua kulit telus menjadi halus dan taburkan di atas tanah kebun anda.

Pecahan secara kecil yang kemudiannya ditaburkan dengan rata di atas tanah kebun mampu menghalang kedatangan serangga dan makhluk perosak dari menghampiri pokok yang anda tanam.

Serangan seperti siput, ulat makan daun dan lain-lain seumpamanya akan mengelak dari menghampiri pokok kerana tidak dapat berjalan di atas serpihan telur yang tajam.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Guna kulit telur untuk halau serangga di taman anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment