Wednesday, July 17, 2013

Masalah perabut kena makan bubuk !

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 17, 2013
Bagi mereka yang ada mempunyai parabut berasaskan kayu di rumah tentu pernah menghadapi masalah kayu di makan bubuk ini.

Istilah makan bubuk adalah istilah kampung yang biasa orang tua-tua guna pakai apabila melihat perabut mereka kelihatan mengeluarkan ketulan kecil seperti pasir daripada kayu perabut.

Apakah sebenarnya yang berlaku?

Apa yang orang panggil makan bubuk itu sebenarnya adalah serangan sejenis anai-anai yang dinamakan sebagai Anai-Anai Kayu Kering.

Anai-anai ini membuat sarang di dalam kayu kering dan menjadikan tempat tinggalnya itu sebagai sumber makanan.


Satu keistimewaan anai-anai ini adalah ia mampu menukarkan makanan yang dimakannya menjadi air. Ia boleh dilakukan melalui sistem fisiologi yang ada padanya.. Sebab itu dia mampu hidup walaupun tempat tinggalnya di dalam kayu kering itu merupakan satu kawasan kering yang tidak punyai sumber air.

Proses pembiakan dan perkembangan koloni anai-anai jenis ini sangat lembab. Mereka tidak mempunyai kasta seperti anai-anai lain yang biasa kita lihat.


Oleh itu kerosakan yang dilakukan oleh anai-anai kayu kering mengambil masa yang lama untuk dapat dikesan.

Biasanya kita berjaya kesan serangan anai-anai kayu kering apabila melihat ketulan seperti serbuk yang sekata bentuk dan saiznya keluar dari lubang kecil pada kayu perabut.

Sebenarnya itu merupakan najis yang dikeluarkan oleh anai-anai yang berada di dalam kayu itu. Sebab itulah rupanya dan saiznya sekata dan berwarna coklat kekeringan.

Bagaimana cara mengawalnya

Apabila anda mengesan adanya serbuk halus kering dan sekata bentuk serta saiznya keluar dari perabut, itu tandanya perabut tersebut telah menjadi sarang tempat tinggal anai-anai kayu kering.

Cara terbaik untuk menghapuskan serangan anai-anai jenis ini adalah dengan melakukan kerja pewasapan dengan menggunakan gas beracun.

Pewasapan atau lebih dikenali sebagai fumigation perlu dilakukan oleh mereka yang bertauliah dan terlatih. Ia perlu dilakukan ditempat terkawan dan mudah pengudaraannya.

Perabut yang terkena serangan akan dibalut dengan tarpaulin sebelum gas di masukkan dan dibiarkan dalam keadaan itu selama seeloknya dalam tempoh 24 jam.

Gas beracun itu akan membunug segala hidupan yang ada pada atau di dalam kayu perabut itu. Ini merupakan keistimewaan gas yang digunakan yang membuatkan ia merupakan cara atau teknik rawatan paling berkesan dan pantas.

Untuk kerja-kerja Fumigasi, sila dapatkan maklumat lanjut di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masalah perabut kena makan bubuk !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment