Tuesday, May 6, 2014

Racun makhluk perosak diharamkan di France bermula 2020

  Mohd Shubhi       Tuesday, May 6, 2014
Racun makhluk perosak diharamkan di France bermula 2020

Racun makhluk perosak yang terlalu banyak digunakan tanpa kawalan telah menyebabkan banyak makhluk bukan perosak yang baik untuk ekologi alam sekitar musnah. Ada sesetangah tempat telah hilang semua serangga yang penting untuk alam sekitar serta tumbuhan. Antaranya adalah serangga seperti rama-rama dan juga lebah.

Banyak negara barat telah membangkitkan masalah ini di dalam negara mereka dan telah berusaha melakukan sesuatu untuk menghalang perkara sebegitu daripada terus berlaku.

Salah satu contoh negara yang telah mengambil tindakan drastik adalah negara Perancis. Menteri tenaga dan ekologi Perancis, Segolene Royal, telah mengarahkan semua Datuk Bandar berhenti menggunakan racun makhluk perosak demi menyelamatkan biodiversity dan menjaga keselamatan para penduduk.

Pengharaman racun makhluk perosak bermula 2020

Undang-undang telah diluluskan dalam satu pengundian di negara Perancis untuk mengharamkan penggunaan racun makhluk perosak atau racun serangga bermula pada tahun 2020.

Penggunaan racun makhluk perosak tidak lagi dibenarkan untuk penggunaan di kawasan awam yang ada tumbuhan hijau atau di kebun bunga. Penggunaan racun makhluk perosak di tempat seperti perkuburan, jalan raya dan seumpamanya tidak termasuk dalam pengharaman itu.

Sebanyak 450 kawasan telah menyertai usaha tersebut di seluruh negara Perancis. Mereka menamakan nya sebagai "zero pesticides".

Untuk menggalakkan lagi usaha itu, mana-mana kawasan yang melaksanakan program zero makhluk perosak sebelum tahun 2020 akan menerima 50% bantuan kewangan daripada sebuah agensi pembekalan air Rhone Mediterranie Corse untuk aktiviti latihan dan pendidikan menggunakan cara alternatif menghapuskan rumpai tanpa racun makhluk perosak.

Kebaikan mengharamkan racun makhluk perosak

Kenapa agensi pembekalan air itu sanggup memberikan bantuan kewangan bagi melaksanakan usaha itu adalah kerana ia dapat membantu kualiti bekalan air yang ada di dalam tanah.

Hampir 40% daripada racun makhluk perosak yang digunakan bagi mengawal rumpai akan diserap masuk ke dalam bumi dan berakhir kepada tercampurnya dengan punca air di dalam tanah. Ini menambahkan kos memulihkan sumber air daripada keracunan.

Bila Malaysia akan mengharamkan penggunaan racun makhluk perosak

Bila agaknya negara kita akan mengikuti jejak negara-negara maju sebegitu untuk memelihara alam sekitar kita tidak dapat dipastikan.

Mungkin ada banyak undang-undang yang dirangka bagi mengekang masalah sebegitu ada di negara kita, tapi biasanya kelemahan penguatkuasaan dan juga sikap rakyat yang tidak peka pada masalah alam sekitar sering menggagalkan segala usaha murni negara kita.

Semua pengguna dapat menyumbang kepada aktiviti memelihara alam sekitar jika kita peka dan bertindak untuk mencari alternatif yang pebih baik daripada penggunaan racun makluk perosak.

Salah satu cara terbaik adalah dengan menggunakan perkhidmatan syarikat pest control yang bertauliah dan mempunyai lesen untuk menjalankan segala aktiviti kawalan serangga dan juga makhluk perosak.

Pengguna perlu menggalakkan penggunaan atau amalan Integrated Pest Managemant bagi mengawal masalah serangan serangga dan juga makhluk perosak. Petua asasnya mudah saja. Pastikan penggunaan racun makhluk perosak adalah pilihan terakhir dalam aktiviti pengawapan serangga dan makhluk perosak.




logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Racun makhluk perosak diharamkan di France bermula 2020

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. isu ini adalah sejagat dan penyelesaian lebih secara terbuka

    ReplyDelete