Jika anda menginap ketika bercuti di hotel-hotel yang memang dah ada pepijat, maka akan ada pepijat yang melompat masuk dan menyorok di celah-celah lipatan beg atau pakain yang anda simpan dalam beg tersebut. Pepijatpun nak berjalan juga nampaknya!.
Bila anda pulang ke rumah, beg yang dah ditumpang oleh pepijat tadi akan dicampakkan biasanya di dalam bilik utama atau atas katil tempat anda tidur di rumah sebelum mengemasnya.
Akhirnya pepijat itu akan keluar, mencari tempat persembunyian dan mula membiak dan merebak di dalam bilik tidur anda di rumah. Bermulalah satu kisah ngeri dalam hidup anda apabila rumah dah ada banyak pepijat yang kerjanya menghisap darah.
Bagaimana nak halang pepijat merebak masuk ke rumah
Tidak ada cara lain untuk menghalang pepijat dari hotel atau tempat anda menginap ketika bercuti kecuali dengan pastikan tidak ada pepijat yang hidup di celahan beg kembara anda itu. Ertinya anda kena cari jalan untuk membunuhnya.Membunuh pula bukan setakat hanya pada pepijat dewasa, malah perlu dibunuh pada semua peringkat pepijat, sekali dengan telur pepijat yang sempat ditetas ketika berada di celhan beg kembara anda.
Salah satu cara adalah dengan membasuh beg tersebut dengan air panas agar semua serangga atau makhlk yang tak diingini mati di dalam beg itu. Tapi itu akan merosakkan beg kembara anda.
Teknologi bunuh pepijat pada beg kembara diperkenalkan
Untuk menyelesaikan masalah pepijat yang hinggap pada celahan beg kembara anda, sebuah syarikat yang bernama ThermalStrike telah memperkenalkan berbagai beg yang mampu membunuh pepijat dengan menggunakan teknologi haba.Mereka juga memperkenalkan peralatan berbentuk kotak yang boleh digunakan dengan memasukkan beg kembara anda ke dalamnya dan rawatan haba berlaku dalam kotak tersebut untuk membunuh pepijat. Selain daripada kotak keras, ThermalStrike juga memperkenalkan alat pemanas berbentuk beg yang boleh dilipat.
Untuk maklumat lanjut berkenaan ThermalStrike, anda boleh lawat website mereka di sini. Nampaknya masalah beg ada pepijat selesai untuk mereka yang banyak berjalan dan menginap di hotel-hotel. Cuma masalahnya tak kan kita nak beli alat pemanas tersebut semata-mata untuk merawat beg kita sahaja selepas bercuti.
Mungkin ada syarikat pest control yang berminat untuk membeli beg rawatan tersebut dan menawarkan rawatan pepijat pada mereka yang baru pulang dari mengembara. Rawat beg kembara anda dulu dari pepijat sebelum pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment