Sunday, August 10, 2014

Air India jumpa tikus dalam Kapal Terbang

  Mohd Shubhi       Sunday, August 10, 2014
Air India jumpa tikus dalam Kapal Terbang

Laporan media mengatakan beberapa ekor tikus ditemui berkeliaran di dalam Kapal Terbang milik Air India. Jurucakap Air India, syarikat penerbangan kepunyaan negara India tersebut nampaknya menafikan laporan media tersebut.

"Hanya seekor tikus sahaja yang ditemui", kata jurucakap Air India ketika menafikan laporan akhbar yang seperti cuba sensasikan berita penemuan tikus dalam kapal terbang mereka.

Laporan dalam Times of India menceritakan bahawa sebuah kapal terbang milik Air India terpaksa dilakukan rawatan fumigasi bagi menghapuskan tikus setelah ianya didapati berkeliaran dalam kapal terbang itu. Baca laporan tersebut di sini.

Berikutan dari laporan itu, ada juga komen yang menyatakan bahawa penemuan tikus di dalam kapal terbang merupakan sesuatu yang jarang berlaku.

Prosedur jika jumpa tikus dalam kapal terbang

Menurut En Ang Tang Loong, pengasas syarikat pest control Stopest yang berpusat di Kuala Lumpur, prosedur biasa yang mesti dilaksanakan jika tikus ditemui berada di dalam kapal terbang adalah melakukan rawatan Fumigasi pada seluruh kapal terbang itu.

Jika anda jumpa seekor tikus dalam kapal terbang, berkemungkinan di dalamnya adalah lebih banyak lagi. Anda tak akan dapat memerangkap kesemua tikus yang berada di dalam kapal terbang itu begitu saja dengan menggunakan perangkap biasa.

Oleh itu rawatan fumigasi mesti dilaksanakan. Dengan rawatan fumigasi, kita dapat pastikan kesemua tikus yang ada, di mana saja mereka menyorok dalam kapal terang tersebut akan mati.

Ini dapat menyelamatkan keadaan. Kemalangan lebih besar dapat dielakkan. Kehadiran tikus dalam kapal terbang membuatkan risiko wayar-wayar penting dalam kapal terbang digigit oleh tikus adalah besar. Jika wayar digigit tikus, kapal terbang berada di dalam keadaan yang berisiko tinggi.

Bagaimana tikus masuk kapal terbang

Biasanya tikus dapat masuk ke dalam kapal terbang dengan berbagai cara. Salah satu daripada cara adalah apabila kapal terbang sedang diselenggara.

Ketika kapal terbang dicuci dan dibersihkan, keadaan pintu yang terbuka membuat kemungkinan tikus lari masuk ke dalamnya adalah tinggi. Oleh itu adalah penting untuk pastikan keadaan persekitaran di mana kapal terbang dicuci bebas daripada masalah tikus dan serangga perosak lain.

Satu lagi cara tikus masuk ke dalam kapal terbang adalah melalui proses penghantaran makanan kepada kapal terbang. Ada kemungkinan tikus menumpang duduk menyorok bersama makanan dan bungkusan kotak makanan yang dihantar masuk ke dalam kapal terbang.

Cara lain tikus masuk ke dalam kapal terbang adalah melalui bagasi samada dalam cargo atau melalu bagasi orang ramai yang menumpang kapal terbang.

Walau bagaimana cara sekalipun, semua perkara tersebut perlu dielakkan. Kita tidak boleh menerima adanya tikus dalam kapal terbang. Pastikan orang ramai tak jumpa tikus dalam kapal terbang, ia adalah sesuatu yang tidak bagus.

Baca laporan asal di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Air India jumpa tikus dalam Kapal Terbang

Previous
« Prev Post

1 comment: