Friday, August 1, 2014

Anjing dilatih hidu pepijat

  Mohd Shubhi       Friday, August 1, 2014
Anjing dilatih hidu pepijat
Kita boleh menghidu pepijat sebab pepijat ada mengeluarkan bau yang unik. Biasanya manusia dapat mengesan pepijat melalui deria bau dengan kecekapan sebanyak 60%.

Tetapi tahukah anda bahawa anjing yang dilatih hidu pepijat dapat melakukan aktiviti mengesan pepijat yang bersembunyi dengan tahap kecekapan sebanyak 99% !.

Anjing yang dilatih hidup pepijat bukan saja mampu menghidup pepijat dewasa, malah mereka juga mampu menghidu telur pepijat yang belum menetas.

Keupayaan tersebut membuatkan anjing yang dilatih hidu pepijat mendapat tempat dikalangan pengusaha syarikat perkhidmatan pest control di luar negara. Para pengusaha membeli anjing yang dilatih hidu pepijat untuk menjalankan kerja-kerja mengesan tempat persembunyian pepijat di rumah atau hotel.

Menggunakan anjing dilatih hidu pepijat

Apakah penggunaan anjing yang dilatih hidu pepijat dapat diterima di Malaysia? itu satu persoalan menarik yang boleh difikirkan.

Untuk mereka yang bukan beragama Islam mungkin penggunaan anjing untuk mengesan pepijat di rumah mereka tidak menjadi satu masalah.

Tapi untuk penganut agama Islam di Malaysia, ini boleh jadi satu masalah besar. Rata-rata muslim di Malaysia berpegang kepada mazhab Syafie yang agak keras dengan status kenajisan anjing.

Keadaan ini akan menimbulkan masalah jika syarikat pest control menggunakan anjing untuk mengesan kewujudan pepijat di rumah mereka.

Jika para pengguna tahu bahawa hotel atau pusat hiburan menggunakan khidmat anjing untuk hidu pepijat di premis mereka, sudah tentu ini juga akan menimbulkan masalah pada hotel atau premis hiburan tersebut.

Ia mungkin menjadi satu tuduhan serius bahawa pihak hotel atau pusat hiburan sengaja mahu menyusahkan penganut yang beragama islam.

Baca laporan bagaimana anjing dilatih hidu pepijat digunakan dalam aktiviti pest control di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Anjing dilatih hidu pepijat

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment