Monday, August 11, 2014

Masalah tikus dalam kapal terbang perkara biasa

Masalah tikus dalam kapal terbang perkara biasa

Apakah masalah tikus dalam kapal terbang satu perkara yang jarang berlaku?.

Kalau anda tanya soalan yang sama pada pegawai mana-mana syarikat kapal terbang di dunia, sudah tentu jawapan yang akan mereka berikan adalah, jarang berlaku.

Tetapi hakikatnya masalah tikus dalam kapal terbang merupakan satu perkara biasa dan sering berlaku. Tikus sudah tentu berjaya masuk ke dalam kapal terbang dengan berbagai cara.

Tambahan pula, tikus merupakan makhluk perosak yang banyak terdapat di kawasan perbandaran. Tikus yang pada asalnya merupakan makhluk yang mendiami kawasan hutan, terpaksa menyesuaikan diri mereka untuk berada di dalam kawasan pembangunan atau kawasan perbandaran.

Kewujudan tikus di kawasan bandar

Malah pembiakan tikus menjadi tidak terkawal dan amat cepat membiak dan membesar di dalam persekitaran bandar berbanding kawasan hutan. Ini disebabkan oleh tidak adanya makhluk yang membunuh, makan atau mengawal pembiakan tikus di kawasan bandar.

Jika di hutan, tikus merupakan makhluk mangsa kepada banyak lagi haiwan lain termasuklah ular, kucing hutan dan lain-lain lagi. Tapi ini tidak berrlaku di bandar. Oleh itu, di mana ada bandar dan ada manusia, maka di situ akan ada tikus.

Bila ini berlaku, maka tidak hairanlah tikus juga akan berada di kawasan di mana adanya kapal terbang seperti di lapangan terbang mana-mana negara.

Aliran barang yang keluar dan masuk ke dalam kapal terbang juga membantu untuk membawa tikus dari persekitaran lapangan terbang, masuk ke dalam kapal terbang. Tikus masuk melalui bagasi, tikus juga masuk melalui penghantaran makanan ke dalam kapal terbang.

Kekerapan masalah tikus dalam kapal terbang

Menurut sebuah agensi di India yang menjalankan kerja-kerja fumigasi bagi mengawal serangga dan makhluk perosak di dalam kapal terbang. mereka biasanya akan melakukan kerja fumigasi bagi membunuh tikus yang berada di dalam kapal terbang sebanyak 5 kali sebulan.

Ini menunjukkan bahawa secara purata, ada lima kapal terbang yang dikesan telah di masuki oleh tikus. Apabila ini berlaku, tiada cara lain yang lebih berkesan untuk membunuh tikus selain daripada melaksanakan aktiviti fumigasi.

Perkara yang sama juga didedahkan oleh syarikat pest control di Malaysia yang menjalankan kerja-kerja fumigasi terhadap kapal-kapal terbang daripada syarikat penerbangan di Asia. Mereka biasa melakukan kerja fumigasi bagi mengawal masalah tikus dalam kapal terbang.

Kebiasaannya, syarikat penerbangan tidak membocorkan maklumat tersebut kepada pihak umum atas sebab-sebab imej dan keselamatan. Jika maklumat sebegitu didedahkan, sudah tentu akan membuatkan orang ramai rasa khuatir untuk menaiki kapal terbang mereka.

Anda boleh mebaca maklumat yang sama berkenaan masalah tikus dalam kapal terbang di sini.


Previous Post
Next Post

post written by:

3 comments:

  1. Ohh boleh mendatangkan bahaya ni kalau tak dikawal dengan baik...

    ReplyDelete
  2. memang bahaya..juga kalau ada tikus dalam kapal terbang!

    ReplyDelete
  3. Tq cik atas infonya. Boleh saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk mengatasi masalah ni sekiranya cara2 lain yang digunakan tak berkesan.
    Boleh cuba satu produk menghalau Tikus dari Jepun ni. Produk "Rat Repellent". Produk ni bila letak akan mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus menjadi tak selesa dan segera lari.
    Yang Penting bukan saja murah dan mudah, tapi tak menyeksakan binatang & Tak Perlu Berhadapan dengannya. Produk ni ada saya nampak di website ni

    www.tenringgitshop.com

    Selamat mencuba & Harap2 selesai masalah semua. Tq

    ReplyDelete