Wednesday, October 1, 2014

Kes denggi di P. Pinang meningkat 161.5 %

  Mohd Shubhi       Wednesday, October 1, 2014
Berikut maklumat berkenaan kes denggi di Negeri Pulau Pinang. Kes denggi nampaknya meningkat sebanyak 161.5% di sana.

Nampaknya kes denggi yang mencatatkan penurunan di kebanyakan tempat terutamanya di Lembah Kelang, seperti mana yang dilaporkan dalam laporan di sini sebelum ini, tidak diikuti oleh negeri Pulau Pinang.

Berikut laporan berita berkenaan kes denggi di Pulau Pinang seperti mana yang dipetik dari sini:
Kes denggi di P. Pinang meningkat 161.5 %


GEORGE TOWN - Bilangan kes denggi di Pulau Pinang sejak bulan Januari hingga 27 September lepas mencatatkan peningkatan sebanyak 987 kes atau 161.5 peratus menjadi 1,598 kes, berbanding tempoh sama pada tahun lepas yang direkodkan hanya 611 kes.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin dalam kenyataannya hari ini memberitahu, lima kematian akibat denggi turut direkodkan pada tahun ini, berbanding dua kematian pada tahun lepas.

Justeru, beliau mengingatkan seluruh warga Pulau Pinang agar meningkatkan langkah-langkah pencegahan, termasuk menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedis di kawasan kediaman masing-masing.

"Pada ketika ini, terdapat 12 lokaliti wabak terkawal dilaporkan di P.Pinang iaitu di lokaliti Mutiara Idaman, Apartment Sri Wonder, Taman Harmoni, Taman Gottlieb dan Jalan Cantonment di George Town, daerah Timur Laut, Flat Bukit Gedong dan Persiaran Mahsuri di daerah Barat Daya, Bagan Lebai Tahir, Taman Aman Ceri dan Kampung Perlis di daerah Seberang Perai Utara, Taman Desa Damai di daerah Seberang Perai Tengah dan Kampung Sungai Udang di daerah Seberang Perai Selatan.

"Dua lokaliti wabak tak terkawal dilaporkan iaitu di Apartment Kota Emas di George Town daerah Timur Laut dan Flat Teluk Bahang di daerah Barat Daya.

"Satu lokaliti hotspot dilaporkan di Greenlane Heights di George Town, daerah Timur Laut," jelas Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dalam satu kenyataan bertulis.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kes denggi di P. Pinang meningkat 161.5 %

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment