Thursday, January 15, 2015

Kenapa nyamuk suka gigit anda berbanding orang lain

  Mohd Shubhi       Thursday, January 15, 2015
Kenapa nyamuk suka gigit anda berbanding orang lain
Apakah anda pernah rasa bahawa hanya anda seorang sahaja yang sering terpaksa tampar nyamuk yang mengigit hisap darah anda.

Orang lain nampaknya relaks saja sedang akan tangan anda sentiasa tampat dan hapau naymuk tak henti-henti.

Kenapa nyamuk suka gigit anda seorang sahaja dan tak suka gigit orang lain yang berada bersama dengan anda di situ.

Persoalan yang lebih tepat lagi adalah, kenapa setengah orang mendapat gigitan nyamuk jauh lebih banyak berbanding sesetengah orang lain.

Faktor nyamuk suka gigit

Apakah faktor yang membuatkan nyamuk memilih antara si anu A dengan si anu B bagi digigit dan dihisap darahnya.

Menurut pada pengkaji ada beberapa sebab yang menyumbang kepada masalah gigitan nyamuk pada sesetengah orang dengan lebih tinggi:

  1. Berpunca daripada jenis jenetik dalam badan anda.
  2. Jika anda banyak bersenam - Orang yang kuat bersenam mengeluarkan haba lebih banyak berbanding mereka yang kurang bersenam.
  3. Jika anda mengandung - Orang mengandung juga mengeluarkan haba lebih banyak daripada orang lain.
  4. Jika anda sedang minum - Sebab apa nyamuk lebih suka cerang orang yang sedang minum tidak dapat diterangkan oleh pakar.
  5. Mereka yang berdarah O lebih kerap digigit dua kali ganda berbanding yang berdarah jenis A. Untuk mereka yang berdarah B, berada di antara kedua-dua jenis darah di atas.
  6. Anda pakai pakaian warna hitam, bitu pekat atau merah.

Para pakar menyatakan 85% daripada sebab kenapa nyamuk anggap orang lain lebih menarik untuk diserang adalah disebabkan oleh faktor jenetik.

Anda hanya boleh mengawal sedikit baki 15% daripada faktor tarikan nyamuk bagi mengelakkan diri daripada digigit.

Satu lagi cara untuk pastikan nyamuk tak gigit anda adalah dengan menggunakan bahan kimia yang mampu menghalau nyamuk.

Sumber maklumat di sini

Kawalan nyamuk dengan fogging dan larvasiding

Jika anda memerlukan perkhidmatan fogging untuk membunuh nyamuk dewasa dan juga larvasiding bagi membunuh jentik-jentik, sila hubungi En Izam di 012-2067 357
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa nyamuk suka gigit anda berbanding orang lain

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment