Saturday, February 7, 2015

Misteri serangan tebuan sejak 3 bulan terjawab

  Mohd Shubhi       Saturday, February 7, 2015
Salah satu serangga dan makhluk perosak yang merbahaya adalah tebuan. Jika anda tinggal di kawasan yang ada berbagai jenis pokok di sekeliling premis anda, ada kemungkinan tebuan akan membuat sarang.

Jika dibiarkan, sarang yang pada mulanya kecil, lama-kelamaan akan membesar menjadi sarang tebuan yang menggerunkan. Jika sarang tersebut tinggi jauh, boleh gunakan petua lama iaitu dengan melastik kerang hidup masuk ke dalam sarang tebuan.

Jika sarang tidak tinggi, segala tindakan mengganggu sarang dan seterusnya menggangu tebuan yang ada di dalamnya bakal menimbulkan masalah besar.

Tapi ada kalanya tebuan bersarang dalam rumah tanpa kita sendiri sedari seperti mana yang berlaku dalam laporan berita di bawah:

Sarang tebuan tersembunyi di celah dinding

SARIKEI: Misteri serangan tebuan yang menghantui penduduk Rumah Lampun David Kuning, Sare, dekati sini, sejak tiga bulan kebelakangan ini, akhirnya terjawab, apabila sarangnya yang tersembunyi di celah-celah dinding dijumpai dan berjaya dimusnahkan.

Penduduk, Kujak Linggi, 65, berkata beberapa bulan lalu keluarga yang menghuni bilik nombor lima rumah panjang terbabit kerap menjadi mangsa serangan tebuan.

“Saya sendiri, isteri, seorang cucu lelaki saya serta beberapa jiran saya telah menjadi mangsa sengatan tebuan beberapa kali.

“Kami telah berusaha mencari lokasi sarang tebuan berkenan namun usaha tersebut menemui jalan buntu,” katanya kepada media, malam kelmarin.

Bagaimanapun misteri dari mana tebuan itu datang akhirnya terjawab selepas Tuai Rumah Lampun David Kuning membaiki bumbung rumahnya yang terletak di bilik nombor empat yang mengalami kebocoran.

Menurut Lampun, 33, sewaktu dia membaiki bumbung rumahnya yang bersebelahan dengan bilik Kujak, dia terjumpa sarang tebuan bersaiz besar terletak di celah-celah dinding di antara biliknya dengan bilik Kujak.

“Apabila melihatnya, saya terus memaklumkan kepada penduduk yang lain. Pada mulanya kami bercadang memusnahkan sendiri sarang tebuan itu tetapi melihat risikonya, akhirnya kami setuju minta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei,” katanya.

Sebaik laporan diterima, sepasukan anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Haron Jenai bergegas ke lokasi.

Haron berkata oleh kerana sarang tebuan itu di dalam rumah mereka tidak dapat membakar sebaliknya menggunakan racun penyembur serangga.

“Operasi tersebut kami jalankan bermula jam 7 malam. Sewaktu memusnahkan sarang tebuan terbabit, kami mengarahkan semua penghuni rumah panjang menutup lampu kerana tebuan tidak mampu bergerak atau melakukan serangan dalam suasana gelap,” ujar Harun.

Usaha dan operasi memusnahkan sarang tebuan tersebut mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Sumber berita
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Misteri serangan tebuan sejak 3 bulan terjawab

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment