Source of Photo Klick here |
Di negara kita sahaja ada sekurang-kurangnya 3 Zoo besar. Satu di Kuala Lumpur, iaitu Zoo negara, sebuah lagi di Perak iaitu Zoo Taiping dan sebuah lagi pula di negeri Melaka.
Untuk maklumat pembaca, pengurusan pest control di Zoo adalah satu cabaran yang amat besar terutamanya untuk pada pengamal khidmat pest control. Bukan mudah sebenarnya untuk melakukan kerja-kerja kawalan serangga dan makhluk perosak di kawasan Zoo
Matlamat pest control di Zoo
Apakah matlamat yang mahu dicapai dalam usaha pengurusan kawalan serangga dan makhluk perosak di sekitar premis Zoo?Secara umum, pengurusan kawalan serangga dan makhluk perosak di Zoo adalah untuk mencapai satu persekitaran yang menarik, sihat dan bebas dari serangan dan gangguan serangga dan makhluk perosak di sekitar Zoo.
Ia penting untuk dicapai terutamanya untuk para haiwan yang dipelihara dan dipamerkan di dalam zoo, juga untuk para pekerja yang bertugas di Zoo dan sudah tentu penting juga untuk kesemua para pengunjung di Zoo.
Serangga dan makhluk perosak seperti Lipas, Tikus dan juga Lalat berupaya menyebabkan masalah kesihatan kepada haiwan-haiwan yang ada di dalam kawalan dan jagaan pihak Zoo.
Ini boleh berlaku apabila serangga dan makhluk perosak tersebut membawa dan menyebarkan segala bakteria atau parasit yang boleh mengancam kesihatan para haiwan di Zoo.
Satu lagi cabaran yang berat dalam menjalankan dan menguruskan usaha kawalan serangga dan makhluk perosak di Zoo adalah untuk pastikan segala racun dan bahan serta peralatan yang digunakan tidak mendatangkan bahaya pengunjung Zoo dan juga pada haiwan di dalam Zoo.
Serangga dan makhluk perosak di Zoo
Berikut adalah jenis serangga dan makhluk perosak yang biasa ada di zoo yang mampu mendatangkan pelbagai masalah:- Lipas dari berbagai jenis
- Tikus
- Lalat
- Burung
- Penyengat dan tebuan
Kawasan tumpuan pest control di Zoo
Ini pula merupakan antara kawasan yang perlu diberikan tumpuan dalam usaha kawalan serangga dan makhluk perosak di sekitar kawasan Zoo.
- Segala lubang dan lompang di dinding, papan tanda, atau di kotak-kotak pameran.
- Pada peralatan eletrik seperti conduit, tempat pemasangan lampu, dan juga switch.
- Tong dan tempat buang sampah
- Loker para pekerja dan pantry
- Tempat persediaan makanan para haiwan
- Longkang
- Terowong
Tips ringkas pest control di Zoo
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian dalam usaha kawalan serangga dan makhluk perosak di Zoo.
- Penggunaan umpan hendaklah diberikan keutamaan berbanding cara lain seperti semburan cecair dan seumpamanya. Pastikan umpan diletakkan pada tempat yang sesuai dan selamat.
- Jangan buat sebarang rawatan semburan udara jika terdapat haiwan yang sensitif di sekitar kawasan yang dirawat.
- Pakai peralatan khas untuk aplikasi pada lubang atau rekahan atau pada tempat tumpuan jika melakukan semburan bersisa. Pastikan jenis bahan kimia yang mampu tahan lama digunakan seperti serbuk WP, CS atau ME
- Berjaga-jaga kalau-kalau haiwan termakan serangga yang telah terkena racun. Ini boleh mendatangkan kesan keracunan sampingan.
- Kerjasama dan jalinan erat antara pekerja zoo dengan pekerja pest control amat penting agar lebih berkesan.
- Pekerja zoo mestilah dimaklumkan terlebih dahulu segala aktiviti pest control dan perlu diberitahu secara jelas dan terperinci.
Jika anda ada masalah serangga dan makhluk perosak di premis perniagaan anda, sila hubungi En Izam 012- 2067357 untuk pemeriksaan percuma dan cadangan kawalan yang diperlukan untuk anda.
No comments:
Post a Comment