Monday, July 6, 2015

Babi hutan bunuh 2 orang dan cederakan polis !

  Mohd Shubhi       Monday, July 6, 2015
Jangan main-main dengan babi hutan. Ia sejenis haiwan liar yang merbahaya jika mengamuk dan mula menyerang orang.

Ada banyak babi hutan di negara kita terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan hutan. Jika anda tinggal di kampung berhampiran dengan hutan, sila berhati-hati dengan babi hutan ini.

Untuk maklumat, babi hutan adalah salah satu makhluk yang boleh dikategorikan sebagai PEST. Ia mengganggu orang dan merosakkan tanam-tanam.

Baca berita berikut di bawah bagaimana babi hutan didapati telah membunuh 2 orang dan mencederakan polis:

2 MAUT DISERANG BABI HUTAN SEGAMAT

2 Julai 2015 – Seorang lelaki Cina melapurkan telah menemui 2 mayat sekitar jam 11.35 pagi kelmarin dalam kebun getah di Kuala Paya, Buloh Kasap.

Mangsa dipercayai maut akibat serangan babi hutan. Butiran dari kad pengenalan didapati mangsa bernama Loo See Seng, 66 tahun, beralamat di No 13 Jalan Astakajaya 4, Taman Astaka Jaya, Jalan Buloh Kasap, 85010 Segamat.

Seorang lagi mangsa adalah isteri beliau, yang bernama Liow Siew Lan. Mangsa pertama cedera luka teruk di kedua-dua kaki, paha, tangan dan turut mengalami pendarahan dalaman.

Mangsa kedua patah dan remuk di betis kanan, juga kesan koyakan akibat tisukan objek tumpul pada kedua-dua betis. Seluar kedua-dua mangsa koyak rabak dan ada juga kesan seretan.

Pada jam 2 petang pegawai penyiasat melakukan siasatan di tempat kejadian bersama Unit Forensik IPD Muar, K9, anggota Detektif, Ketua Polis Balai dan beberapa anggota.

Hasil siasatan awal berdasarkan kecederaan dan koyakan pakaian, mangsa disyaki telah diserang oleh babi hutan. Sewaktu menyiasat, Sarjan Mejar Johar bin Khamis mengambil inisiatif mengesan lopak atau punca air bagi mengesahkan perkara ini.

Ketika meninjau kawasan tanaman sawit bersebelahan kebun getah, seekor babi hutan telah menyerangnya menyebabkan kecederaan pada betis dan seluar beliau telah terkoyak.

Bagaimanapun, dalam keadaan kelam kabut itu beliau sempat menyelamatkan diri dengan memanjat pokok sawit. Bagi menyelamatkan SM Johar, anggota lain termasuk unit K9 terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol Walther P99 dan Sig Sauer bagi membunuh babi hutan tersebut. 

Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Segamat dan akan menjalani Post Mortem pada bagi mengesahkan punca kematian. SM Johar pula sedang menjalani rawatan di Hospital Segamat Hati-hatilah bila berhadapan babi hutan.

Jangan pandang rendah kemampuan haiwan yang suka menyodol ini kerana akibatnya boleh membawa maut. Kita ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan juga SM Johar.

sumber
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Babi hutan bunuh 2 orang dan cederakan polis !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment