Ada orang yang benci dengan lipas atau tidak suka dengan lipas, tapi masih boleh menerima kehadiran lipas sebab dia tak takut dengan lipas.
Tetapi ada ramai juga orang yang bukan sekadar benci dengan lipas, malah tak dapat terima kahadiran lipas sebab mereka amat gerun dengan serangga itu. Perasaan Phobia dengan lipas membuatkan kehadiran lipas tidak dapat di terima langsung.
Dalam keadaan semua akui bahawa lipas itu dibenci, Zoo di Jepun pula beranggapan lipas perlu dibersihkan daripada imej buruk yang ada pada mereka.
Pameran lipas di Zoo Shunanshi Tokuyama
Untuk memberikan maklumat pada orang ramai terhadap faedah kewujudan lipas ini, Zoo di Jepun telah mengadakan satu pameran khas untuk mempamerkan berjenis-jenis lipas di seluruh dunia.Terdapat lebih kurang 4000 spesis lipas di seluruh dunia dan lipas boleh hidup di segenap sudut dan ruang kehidupan manusia terutamanya di sekitar kawasan yang kotor. Lipas akan merayap keluar di waktu malam di sekitar lantai rumah anda.
Walaupun ramai yang jijik dengan lipas, namun lipas merupakan serangga yang diperlukan dalam sistem ekologi kehidupan kita di alam ini. Lipas melaksanakan tugas yang amat penting sebenarnya.
Kerja lipas adalah untuk makan najis atau bangkai yang telah membusuk dan juga makan tumbuh-tumbuhan yang telah mati. Najis dan bangkai yang telah membusuk dihabiskan oleh lipas dan ini mempercepatkan proses menghilangkan najis atau bangkai itu sendiri.
Tumbuhan yang mati di lantai hutan pula jika dibiarkan begitu saja untuk hilang secara sendiri, akan mengambil masa yang lama. Jika terbiar begitu, akan habis lantai hutan menjadi busuk lembab dengan tumbuhan yang telah mati. Di situlah peranan lipas yang akan makan tumbuhan tersebut sampai licin.
Atas tujuan pendedahan itulah maka Zoo di Jepun itu menganjurkan satu pameran khas untuk lipas. Dalam pameran berbagai acara di anjurkan.
Antaranya adalah lumba lipas, peluang memegang lipas Madagascar terkenal dengan besar sepanjang 7 inci dan lain-lain lagi. Pameran tersebut mendapat sambutan yang baik daripada para pengunjung.
No comments:
Post a Comment