Dalam sidang media sempena elancaran kempen anti denggi DBKL-Shell tersebut, Dr Hayati Abdullah telah memberikan maklumat terhadap peningkatan jumlah kes kematian yang mendadak naik tinggi pada tahun ini.
Dr Hayati Abdullah menyebut bahawa julah kes kematian akibat demam denggi telah meningkat sebanyak 133% !, menjadikan jumlah kes kematian seramai 32 orang akibat kes demam denggi !.
Ianya ternyata amat tinggi berbanding dengan jumlah kematian dalam tempoh sama tahun lepas hanyalah seramai 15 orang.
Jumlah kes demam denggi secara keseluruhannya mencatatkan peningkatan sebanyak 18.14% berbanding tempoh sama tahun lepas. Tahun lepas jumlah kes denggi dicatatkan sebanyak 5,693 manakal tahun ini adalah sebanyak 6,726 kes.
Punca utama kes peningkatan kes denggi
Menurut Dr Hayati Abdullah lagi, sikap orang ramai yang tidak mengambil serius terhadap kes-kes demam denggi memburukkan keadaan.Hasil daripada sikap lalai terhadap masalah demam denggi yang amat serius tersebut, orang ramai tidak bertindak serius dalam membenteras segala punca yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes di persekitaran tempat tinggal mereka dan juga di tempat awam.
Sikap tidak prihatin itulah yang membuatkan masih ada ramai yang membuang sampah berupa bekas makanan atau minuman yang boleh menakungkan air. Dengan musim hujan yang ada sekarang, ia memburukkan lagi keadaan.
Bekas yang boleh menakung air yang dibuang merata dapat menadah air hujan yang kerap turun sekarang. Jika bekas tersebut berada di tempat tersorok yang teduh, air yang bertakung adalah bersih dan keadaan terlindung daripada panas matahari secara terus menjadikannya tempat yang amat strategik untuk pembiakan nyamuk aedes.
Stesen minyak Shell sebagai pusat kempen anti denggi
Dalam program kempen anti denggi DBKL-Shell, stesen minyak Shell akan menjadi pusat menyebarkan flier maklumat berkenaan nyamuk aedes dan demam denggi pada orang ramai.Orang ramai juga boleh mendapatkan Abate bagi membunuh jentik-jentik secara percuma dari stesen minyak Shell. Mereka boleh gunakan Abate ini untuk ditaburkan pada takungan air di rumah mereka bagi menghalang pembiakan namuk aedes.
Stesen Minyak Shell juga akan menjadi pusat penjualan perangkap jentik-jentik untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes di sekitar tempat tinggal anda. Orang ramai boleh mendapatkan perangkap jentik-jentik ini dengan membelinya di stesen minyak Shell.
Perangkap jentik-jentik nyamuk aedes
Orang ramai boleh menggunakan perangkap jentik-jentik nyamuk aedes ini untuk mengurangkan jumlah nyamuk aedes di tempat tinggal mereka dengan kos yang murah.Teknik ini amat berkesan dan tidak perlu menggunakan bahan kimia bagi membunuh nyamuk aedes dewasa kerana ia membunuh jentik-jentik sebelum mereka berjaya menjadi nyamuk dewasa.
Anda hanya perlu dapatkan perangkap jentik-jentik dari stesen minyak shell, masukkan air jernih dan bersih ke dalam perangkap tersebut dan letakkan perangkap itu pada taman diluar rumah anda. Perangkap itu amat sesuai untuk nyamuk bertelur dan seterusnya melahirkan banyak jentik-jentik di dalamnya.
Jentik-jentik dari nyamuk aedes yang lahir akan mati di dalam perangkap tersebut sebelum sempat bertukar menjadi nyamuk aedes dewasa. Bayangkan seekor nyamuk yang boleh menetaskan ratusan jentik-jentik kemudiannya mati sebelum sempat dewasa.
Ini dapat membantu pengawalan nyamuk aedes dengan berkesan jika ramai penduduk Malaysia menggunakannya secara meluas.
Tunggu apa lagi !, dapatkan segera perangkap jentik-jentik dan mula menggunakannya. Anda dapat membantu memberikan sumbangan terhadap kempen anti denggi di negara kita.
No comments:
Post a Comment