Wednesday, November 4, 2015

Tikus besar tahan racun bakal serang penduduk Britain

  Ano Nyme       Wednesday, November 4, 2015
Persatuan Pest Control di Britain memberikan amaran kepada penduduk di sana akan kemungkinan serangan daripada tikus raksasa yang kebal tahan racun biasa.

Tikus besar raksasa itu semakin lama semakin tahan lasak terhadap kesan racun biasa yang digunakan oleh orang ramai. Racun tikus yang terdiri daripada jenis racun palet biasa boleh dibeli dikedai atau pasaraya umum di Britain.

Kebanyakan tikus biasa yang lebih kecil akan mati apabila termakan racun yang digunakan oleh orang ramai di rumah mereka. Kematian tiksu-tikus biasa ini membuatkan tikus gergasi bersaiz besar mempunyai persaingan yang kurang terhadap makanan.

Akibatnya mereka semakin membiak dan saiz mereka semakin besar dan semakin kuat menahan kesan racun yang biasa orang ramai gunakan.

Perlu kepada racun lebih kuat untuk tikus raksasa

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa adanya strategi kawalan menghapuskan pembiakan tikus jenis besar bersaiz gergasi ini, ia bakal mendatangkan kesan yang buruk untuk para penduduk di Britain.

Salah satu cara paling mudah untuk mengawal pembiakan tikus gergasi ini adalah dengan menggunakan jenis racun yang jauh lebih kuat.

Tetapi birokrasi serta undang-undang yang amat ketat untuk proses kelulusan sebarang racun baru yang jauh lebih kuat menghalang pengeluaran yang pantas terhadap racun sebegitu dalam pasaran.

Keadaan yang sama berlaku di Malaysia di mana kita boleh lihat kewujudan tikus besar bersaiz gergasi yang terlalu banyak di sekitar pusat bandar dan pekan.

Masalah tikus gergasi menyerang rumah penduduk di negara kita masih jarang berlaku kerana persekitaran luar yang masih kaya dengan makanan untuk tikus.

Tetapi jika kawasan tersebut dibersihkan dan sumber makanan tikus gergasi itu berkurangan, maka mereka akan mula beralih masuk ke dalam rumah para penduduk di persekitaran berhampiran.

Halang kemasukan tikus raksasa ke rumah anda

Tikus biasanya mencari makan dengan merayau-rayau dipersekitaran tempat tinggal mereka. Jika tiada makanan ditemui di sekitar kawasan berhampiran, maka mereka akan beralih menyerang masuk ke dalam rumah untuk makanan.

Lubang atau bukaan sempit bersaiz 15mm sudah cukup untuk membolehkan tikus menyusup masuk ke dalam rumah.

Oleh itu, cara paling baik untuk menghalang serangan tikus adalah dengan memastikan segala bukaan atau lubang yang ada di sekeliling dinding dan bumbung rumah ditutup supaya rapat.

Sentiasa buat pemeriksaan akan wujudnya bukaan kecil di rumah untuk menghalang kemasukan tikus. Pintu atau tingkap perlulah sentiasa ditutup pada waktu malam atau jika tidak diperlukan terbuka.

Kerja-kerja pembersihan halaman didepan dan belakang rumah juga amat penting untuk menghalang wujudnya tempat yang sesuai untuk pembiakan tikus. Pastikan segala semak samun dan rumput dipotong nipis supaya halamana sentiasa kelihatan bersih.

Binatang peliharaan seperti kucing yang menjadikan tikus sebagai makanan atau mainan mereka boleh juga dibela. Ini menjadikan kucing sebagai binatang kawalan terhadap pembiakan dan kahadiran tikus di sekitar kawasan rumah.

Jika anda mempunyai masalah terhadap serangan tikus di premis bangunan tempat anda tinggal atau di premis perniagaan, anda mungkin perlukan khidmat syarikat pest control yang bertauliah dan profesional.

Hubungi En Izam di 012-2067357 jika anda perlukan khidmat kawalan tikus secara profesional.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tikus besar tahan racun bakal serang penduduk Britain

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment