Saturday, December 5, 2015

Virus penyebab kecacatan bayi ditemui dalam nyamuk aedes

  Mohd Shubhi       Saturday, December 5, 2015
Kementerian Kesihatan Brazil telah mengesahkan bahawa mereka menemui adanya hubung kait yang rapat antara kes Microcephaly dengan Virus Zika.

Microcephaly merupakan masalah kecacatan kepala yang dialami oleh bayi ketika dilahirkan.

Anda boleh rujuk pada imej di sebelah untuk mendapat gambaran tentang penyakit tersebut. Imej itu diambil dari sumber di sini.

Manakala Virus Zika adalah sejenis Virus yang dibawa oleh Nyamuk Aedes, iaitu nyamuk yang sama yang menjadi pembawa demam denggi.

Kementerian kesihatan Brazil mengenal pasti terdapatnya hubung kait tersebut apabila mendapati kewujudan virus tersebut pada setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan mengalami masalah Microcephaly atau kecacatan pertumbuhan kepala itu.

Bayi yang dilahirkan dengan masalah Microcephaly akan mengalami masalah pertumbuhan dan pembesaran tengkorak kepala dan dari itu boleh mengakibatkan masalah pertumbuhan yang normal terhadap kecerdasan otak.

Menurut agensi kesihatan itu lagi, penyebaran Wabak Microcephaly yang berlaku di Timur Laut Negara Brazil merupakan satu kes yang unik berlaku dalam dunia penyelidikan saintifik.

Setakat ini, terdapat sebanyak 739 kes yang disyaki mengalami masalah Microcephaly dilaporkan di seluruh negara Brazil. Kes yang sama dicatatkan sebanyak 147 kes berlaku pada tahun 2015. Nampaknya berlaku penambahan yang amat ketara terhadap kes tersebut di Brazil.

Kerajaan Brazil juga mendapati adanya kes kematian yang berlaku pada orang dewasa dan juga remaja yang disebabkan oleh Virus Zika. Ianya adalah satu penemuan terkini yang menyaksikan kes kematian disebabkan virus Zika yang berlaku bukan pada bayi.

Anda boleh membaca maklumat berkenaan virus penyebab kecacatan bayi ini di sini.

Persoalannya di sini adakah kejadian yang sama turut berlaku di negara kita Malaysia ?

Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mengesahkan samada kes yang sama turut berlaku di negara kita.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Virus penyebab kecacatan bayi ditemui dalam nyamuk aedes

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment