Saturday, March 12, 2016

Menghapuskan pepijat dengan menggunakan teknik haba

  Mohd Shubhi       Saturday, March 12, 2016
Pepijat bukanlah serangga atau makhluk yang boleh membawa penyakit merbahaya untuk kesihatan manusia. Paling kuat, ia meyebabkan kesan gatal-gatal pada kulit yang terkena gigitan pepijat sahaja.

Tetapi walaupun begitu, pepijat tetap mampu membuatkan kehidupan anda berserabut. Adanya pepijat dalam rumah anda terutamanya di bilik atau tempat anda beradu untuk merehatkan badan dengan tidur di waktu malam, mampu membuatkan anda menjadi zombi.

Pepijat boleh membuatkan ada jadi zombi sebab aktiviti menghisap darah yang menjadi kerja utama pepijat boleh membuatkan anda tak boleh tidur malam. Bila tak cukup tidur, esok nak kena bangun pergi kerja, keletihan mengakibatkan anda kelihatan seperti zombi!.

Mahu tak mahu, anda perlu menghapuskan pepijat dengan menggunakan cara terbaik yang ada di pasaran. Perlu hapus keseluruhan pepijat yang ada di rumah anda supaya dia tidak lagi mengganggu tidur dan masa rehat anda di rumah.

Teknik yang nak saya kongskan di sini adalah teknik menggunakan Haba untuk membunuh pepijat keseluruhannya dari rumah anda.

Jika anda tak pernah dengar tentang teknik Haba ini, pastikan anda baca sampai habis artikel yang saya tulis ini.

Menghadapi serangan pepijat

Perkara menarik tentang pepijat ini adalah, anda pasti akan tahu apabila rumah dan tempat tidur anda ada pelijat. Jadi tak perlu bantuan pakar untuk buat pemeriksaan untuk pastikan kewujudannya di rumah anda.

Bila dah ada pepijat, anda perlu ambil tindakan segera untuk hapuskan pepijat secara keseluruhannya. Persoalannya adalah nak gunakan cara biasa dengan menggunakan bahan kimia atau pilihan yang lain.

Biasanya syarikat Pest Control di pasaran akan menggunakan bahan kimia untuk disembur bagi menghapuskan pepijat. Cara ini ada kesan sampingannya, banyak kerja seperti nak kena basuh kesan bahan kimia dan sebagainya.

Tapi dengan menggunakan teknik menghapuskan pepijat dengan menggunakan teknik Haba, anda boleh merasa lega dan yakin akan keberkesanannya. Teknik haba amat berkesan, mudah dan merupakan teknik yang terbaik sebagai pilihan anda.

Saya akan terangkan lebih lanjut berkenaan teknik Haba dalam usaha menghapuskan pepijat ini.

Teknik haba menghapuskan pepijat

Pernahkah anda masuk dalam bilik sauna ? tentu pernah bukan. Anda tentu boleh bayangkan bagaimana bilik sauna berfungsi dan bagaimana rasa haba berjaya masuk ke segenap penjuru samada sempit atau terbuka di dalam bilik tersebut.

Inilah konsep yang digunakan dalam teknik haba dalam menghapuskan pepijat. Haba yang secukupnya yang diperlukan untuk memastikan pepijat mampus akan digunakan pada tempat atau bilik yang diserang pepijat.

Dengan haba yang akan masuk di segenap penjuru, maka tidak perlu lagi untuk membuat pemeriksaan di mana pepijat bersembunyi kat dalam rumah anda. Cuma anda perlu pastikan sahaja memang ada pepijat kat dalam bilik tersebut.

Haba akan menelusup masuk ke segenap penjuru yang ada pepijat, membuatkan mereka terperangkat tak boleh nak ke aman lagi dan seterusnya membunuh keseluruhan pepijat termasuklah segala anak-anak dan telusnya yang ada.

Menggunakan teknik haba

Untuk mendapatkan jumlah haba dan segala peralatan untuk mengadakannya sudah tentu ia memakan kos yang mahal. Anda tak akan mampu dan sudah semestinya tak berbaloi nak keluarkan beribu untuk belas alat menjana haba bagi menghapuskan pepijat.

Oleh itu anda perlu dapatkan khidmat profesional untuk melakukan kerja ini untuk anda dengan kos yang amat berpatutan. Mereka akan pastikan jumlah tenaga haba yang cukup dalam masa yang bersesuaian untuk membunuh pepijat di rumah anda.

Biasanya pepijat akan mati apabila haba mencecah 60 darjah Celcius atau 140 darjah Ferenheit dalam tempoh masa dua jam berkekalan. Atau jumlah haba yang lebih tinggi lagi dalam masa yang lebih pendek. Ini semua akan dikendalikan oleh profesional yang faham cara teknik ini berfungsi.

Persediaan untuk rawatan  menghapuskan pepijat

Seeloknya, anda tak perlu ada di kawasan atau tempat yang rawatan haba akan dilakukan. Anda tentu tak suka duduk tengah panas macam tu bukan. Jadi, samada pergi main jauh-jauh dari tempat rawatan atau duduk kat bilik lain dan biarkan pra profesional buat kerja mereka.

Yang pentingnya selepas rawatan tersebut, semua pepijat dan sekali dengan anak-anak pepijat berserta telur mereka akan hangsu di makan haba.

Seeloknya tutup segala bukaan seperti pintu dan tingkap supaya haba tak lari ke luar dan membuatkan pepijat tergelak di tempat persembunyiannya.

Kenapa teknik ini berkesan menghapuskan pepijat

Mudah saja sebabnya:

  1. Pepijat tak tahan dengan sushu yang melebihi 60 darjah Celcius. Bila terkena suhu itu, samada mereka lari atau mereka akan mati. Bila kawasan yang luas mengalami perubahan sushu setinggi, itu mereka tak ada jalan lain selain dari mati kepanasan.
  2. Haba akan masuk ke serata tempat dan tak perlu bersusah payah nak cari kat mana mereka bersembunyi. Jadi pepijat tak akan boleh lari mana-mana lagi.
  3. Semuanya adik beradik dan keturunan pepijat akan mati kepanasan. Jadi anda boleh rasa selamat dari pada pepijat selepas rawatan dilakukan sampai habis.

Berapa kos teknik haba menghapuskan pepijat

Harganya sudah tentu tidak mahal beranding jika anda terpaksa membeli sendiri mesin haba untuk kerja-kerja menghapuskan pepijat.

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat menghapuskan pepijat dengan menggunakan teknik Haba, sila hubungi:

En Izam 012-2067 357
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Menghapuskan pepijat dengan menggunakan teknik haba

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment