Sunday, October 30, 2016

Semua perkara tentang lipas di rumah yang anda perlu tahu

  Ano Nyme       Sunday, October 30, 2016
Ada orang yang langsung tak takut menonton filem walau sedasyat manapun. Mereka relaks saja tengok cerita hantu atau cerita suspens, senyum sambil makan kacang. Tapi orang yang sama mungkin akan terus menjerit kuat sebaik saja terlihat lipas melintas di depan mereka.

Samada anda seorang yang takut atau tidak terhadap lipas, ianya bukanlah sejenis makhluk yang perlu dibiarkan begitu saja untuk terus berada di dalam rumah anda.

Jika anda perlukan hidmat kawalan serangga dari syarikat bertauliah dan berlesen di sekitar Shah Alam, sila hubungi syarikat Easelife Services Sdn Bhd untuk sebut harga yang paling murah disekitar Shah Alam. Telefon En Izam 012 - 206 7357 untuk maklumat lanjut atau boleh juga telefon Siti 016 - 261 2054 untuk sebut harga paling menarik.

Berikut adalah maklumat tentang lipas sebagai serangga perosak yang anda perlu tahu:

Maklumat umum tentang lipas

Terdapat sebanyak 4 ribu spesis lipas yang diketahui di seluruh dunia dan hanya 1% sahaja dari spesis tersebut adalah lipas yang biasa tinggal bersama anda di rumah.

Kebanyakan lipas didapati di atas tanah hutan hujan tropikal. Mereka menyorok di bawah dedaun, dahan tumbuhan yang mereput, di bawah batang pokok tumbang dan ada yang tinggal di dalam gua.. Kewujudan lipas telah dikesan sejak 300 juta tahun dahulu melalui bukti fossil yang pernah ditemui oleh para pengkaji.

Selain dari anai-anai yang menjadi masalah paling besar kepada penduduk Malaysia, Lipas merupakan serangga perosak dan pe,bawa penyakit yang paling mengganggu penduduk Malaysia.

Maklumat Biologi serangga lipas

Lipas dewasa berukuran antara 2 ke 80 mm. Mereka bertubuh leper dan mempunyai 3 bahagian badan, iaitu kepala, thorax dan abdomen.

Lipas betina mampu menghasilkan karung telur dan di dalamnya ada sebanyak antara 6 ke 48 butir telur. Ada jenis lipas yang membawa bersamanya karung telur tersebut dan ada juga lipas yang meninggalkan karung tersebut ditempat yang sesuai sebaik sahaja dikeluarkan.

Lipas melalui 3 proses berikut: Telur > Nymph > Dewasa

Nymph atau bahasa mudahnya, anak lipas adalah sama bentuk dengan lipas dewasa tapi tidak mempunyai sayap. Aak lipas juga masih tidak mempunyai organ seks yang sempurna sehinggalah mereka menjadi dewasa. Anak lipas akan bersalin kulit beberapa kali sebelum bertukar menjadi lipas dewasa.

Kebanyakan lipas bukanlah serangga yang boleh terbang dengan baik. Malah ada lipas yang memang tidak mempnyai sayap untuk terbang.

Lipas dewasa dan anak lipas biasanya akan tinggal disarang yang sama dan mereka akan merayap keluar dari persembunyian untuk mencari makan. Lipas amat aktif di waktu malam dan berehat di tempat persembunyian mereka di siang hari.

Lipas gemar berada di kawasan sempit di mana permukaan atas boleh disentuh oleh atas badan lipas. Itu menjadikan mereka rasa selamat. Lipas akan bergerak dengan bebas dari bangunan ke bangunan melalui longkang, tempat pembentungan dan tandas dan seterusnya masuk ke dalam rumah anda.

Perangai penting tentang lipas

Antara perkara penting yang anda perlu tahu pasal lipas ini adalah, mereka akan mula aktif sekitar 2 jam dari masuknya waktu malam. Mereka gemar berkelompok dan amat jarang untuk bergerak terlalu jauh untuk merayau mencari makanan.

Lipas betina yang sedang mengandung telur akan berhenti makan dan minum seminggu sebelum telurnya ditetaskan.

Makanan lipas adalah berbagai. Apa saja yang manusia makan mereka juga boleh makan. Tetapi makanan yang paling digemari oleh lipas adalah jenis yang berkanji dan bertepung.

Jika anda boleh bertemu lipas merayau di siang hari dirumah tempat anda tinggal, itu ertinya jumlah lipas di rumah anda adalah terlalu banyak bilangannya.

Masalah takut lipas

Orang yang amat takut pada lipas, yang terus menjerit bila terserempak dengan lipas sebenarnya berpenyakit. Ia dinamakan sebagai Entomophobia. Penyakit ini boleh mengakibatkan jiwa tertekan dan kerunsingan. Dalam 10 wanita Amerika, didapati seramai 3.5 orang menghidapi masalah Entomophobia ini.

5 sebab penting lipas perlu dikawal dan dihapuskan

Berikut adalah 5 sebab penting yang membuatkan anda perlukan khidmat pest control untuk menghapuskan lipas dari berada di rumah anda:

  1. Pencemaran makanan - Lipas mencemarkan makanan, bahan makanan, bekas makanan dan seumpamanya dengan meninggalkan najis dan kulit lama mereka.
  2. Masalah Entomophobia - tak ada cara lain untuk menghalang penyakit entomophobia selain daripada menghapuskan lipas suaya terus tidak ada di premis tempat tinggal.
  3. Bau lipas yang busuk - di mana saja ada banyak lipas ia akan mengeluarkan satu bau yang tidak menyenangkan. Bayangkan jika anda makan di restoran yang ada anyak lipas. Bayangkan juga jika dapur anda penuh dengan lipas, memang berbau busuk.
  4. Masalah alahan - orang yang ada alahan serta punyai masalah semput atau penat akan menjadi lebih teruk dengan adanya serangan lipas yang bauk ditempat tinggal mereka.
  5. Vektor pembawa penyakit - lipas merupakan salah satu dari vektor pembawa penyakit yang sudah lama diketahui bahayanya. banyak kes pelajar masuk hospital sebab keracunan makanan dan ada kalanya ianya berpunca dari kekotoran yang dibawa oleh lipas.

Spesis biasa lipas di rumah anda

Secara umumnya ada sebanyak 8 spesis utama yang mampu menyerang di rumah anda atau direstoran atau bangunan lain seumpamanya. 5 dari spesis itu bersaiz besar dan 3 darinya bersaiz kecil. Selepas ini jika anda lihat lipas yang bersaiz kecil dan bersayap lengkap, itu bukanlah anak lipas, tetapi merupakan satu dari spesis lipas yang bersaiz kecil.

Pastikan anda mendapatkan khidmat pest control dari syarikat yang berlesen untuk kawalan lipas ini. Jika anda perlukan kawalan lipas, semut dan tikus dengan harga yang paling menakjubkan di sekitar Shah Alam, hubungi Easelife Services Sdn Bhd, 

Telefon En Izam 012 - 206 7357 atau Siti 016 - 261 2054 untuk maklumat lanjut.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Semua perkara tentang lipas di rumah yang anda perlu tahu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment