Thursday, December 8, 2016

Awas jika ke Gerik - Wabak demam Malaria sedang menular di sana !

  Mohd Shubhi       Thursday, December 8, 2016
Awas dan berwaspada jika anda mahu pergi singgah atau mahu bermusafir ke Gerik, Perak. Sebab wabak demam Malaria sedang menular di kalangan orang asli di sana. Menurut laporan, seramai 93 orang telah dihinggapi wabak malaria ini di kalangan orang asli di sana.

Kesemua mereka yang dijangkiti demam malaria dihantar ke hospital Gerik atau Hospital Kuala kangsar untuk mendapatkan rawatan. Tetapi ada khabar yang mengatakan bahawa masih ada orang asli yang tidak mahu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Malaria merupakan salh satu penyakit yang dibawa oleh nyamuk seperti mana demam denggi dan juga masalah virus Zika. Apa yang merbahayanya adalah ia lebih mudah tersebar jika orang ramai tidak segera mendapatkan rawatan di hospital.

Jika orang yang terkana wabak malaria, nyamuk datang menggigit dan menghisap darahnya. Kemudian nyamuk itu pergi pula menggigit dan menghisap darah orang lain. Nyamuk itu akan membawa sekali penyakit demam malaria pada orang baru tersebut. Ini yang ditakuti !.

Langkah segera tangani wabak malaria

Setelah mendapat laporan pengesahan wabak malaria menular di penempatan orang asli di Pos Kemar, Gerik, Perak, tindakan segera telah dilakukan oleh jabatan kesihatan. Kemunculan wabak malaria itu dapat dikesan oleh pegawai kesihatan apabila mereka melakukan ujian mengesan malaria di Grik pada 16 November yang lalu. Mereka mengesan wujudnya Malaria pada 3 individu orang asli di Pos Kemar.

Lanjutan dari itu para pegawai kesihatan dengan segera meluaskan lagi aktiviti mengesan malaria dalam lingkungan kawasan sekitar 2 kilometer radius pula. 3 orang lagi telah dapat dikesan terkena Malaria. Dan begitulah seterusnya aktiviti mengesan berterusan dengan lebih giat. Penduduk diminta untuk membuat ujian darah bagi mengesan malaria.

Pihak pegawai kesihatan telah mengedarkan kelambu yang telah direndam dengan ubat nyamuk kepada para penduduk yang dilanda malaria. Ubat bagi membunuh jentik-jentik juga turut sama diedarkan kepada para penduduk. Aktiviti fogging juga dijalankan dengan aktif untuk membunuh nyamuk dewasa.

Beli dan pakai kelambu berubat ketika tidur

Cara paling baik untuk mengelakkan diri dari terkena malaria adalah dengan sentiasa pasang kelambu setiap kali nak tidur. Begitu juga orang yang dah disahkan kena malaria perlu dikuarantin dan dimasukkan ke dalam kelambu.

Jika yang terkena malaria tidak digigit nyamuk, maka malaria pada dirinya tak akan dapat berjangkit pada orang lain pula. Begitu juga pada orang yang belum kena malaria, kalau pasang kelambu, tak akan kena gigit nyamuk dan dapat elakkan diri dari kena malaria.

Walau macam manapun, tidak seperti demam denggi yang tak ada ubat, Malaria boleh dirawat dengan menggunakan ubat. Yang pentingnya kalau rasa tak sihat, segera pergi ke klinik atau hospital untuk buat pemeriksaan.

Penyakit Malaria ini dibawa oleh nyamuk Tiruk Betina (gambar atas sekali) atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil Anopheles. Malaria membunuh antara 1 ke 3 juta pendudk dunia setiap tahun !. Kebanyakannya berlaku di Afrika di kalangan kanak-kanak.

Simptom jangkitan malaria

Berikut adalah keterangan yang diambil dari wikipedia berkenaan simptom yang bakal berlaku terhadap mereka yang terkana jangitan demam malaria.

"Simptom malaria termasuk demam, menggeletar, arthralgia (sakit sendi), muntah, anemia disebabkan hemolysis, hemoglobinuria, dan kekejangan (convulsion).

Terdapat juga kemungkinan perasaan mencucuk pada kulit terutama dengan malaria yang disebabkan oleh P. falciparum.

Simptom klasik malaria adalah pengulangan berkala rasa sejuk diikuti dengan kekejangan dan demam dan berpeluh selama empat hingga enam jam, berlaku setiap dua hari bagi jangkitan P. vivax dan P. ovale, sementara setiap tiga hari bagi P. malariae.

P. falciparum boleh mengalami demam berulang setiap 36-48 jam atau demam rendah hampir berpanjangan.

Bagi sebab yang kurang difahami, tetapi mungkin berkait dengan tekanan intrakranial tinggi, kanak-kanak dengan malaria sering kali menunjukkan kedudukan tidak normal, tanda menunjukkan kerosakan otak yang teruk.

Malaria juga didapati menyebabkan kecacatan kognitif, terutama bagi kanak-kanak. Ia menyebabkan kekurangan darah anemia secara meluas semasa tempoh perkembangan pantas otak dan turut menyebabkan kerosakkan otak secara langsung.

Kerosakan neurologik terhasil akibat malaria serebral yang mana kanak-kanak lebih terdedah.

 Malaria teruk hampir sepenuhnya disebabkan oleh jangkitan P. falciparum dan biasanya timbul selepas 6-14 hari jangkitan.

Akibat malaria teruk termasuk koma dan kematian sekiranya tidak dirawat—kanak-kanak muda dan wanita mengandung lebih terdedah.

Splenomegaly (limpa bengkak), sakit kepala teruk, ischemia serebral, hepatomegaly (hati bengkak), hypoglycemia, dan hemoglobinuria dengan kegagalan ginjal (renal failure) mungkin berlaku.

Kegagalan ginjal mungkin menyebabkan demam blackwater, di mana hemoglobin dari sel darah merah lysed memasuki air kencing.

Malaria teruk boleh berkembang dengan amat pantas dan menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa jam atau hari.

Dalam kes teruk kematian akibat penyakit mampu melebihi 20%, walaupun dengan rawatan dan jagaan rapi.

Di kawasan endemik, rawatan sering kali kurang memuaskan dan kematian keseluruhan bagi kesemua kes malaria mampu mencecah setinggi satu setiap sepuluh.

Jalam jangka panjang, kecacatan perkembangan telah direkod bagi kanak-kanak yang melalui jangkitan malaria teruk.

Malaria kronik disebabkan oleh kedua parasit P. vivax dan P. ovale, tetapi tidak bagi parasit P. falciparum.

Sebaliknya, penyakit akibat P. falciparum mampu berulang selepas berbulan atau bertahun selepas pendedahan, akibat kehadiran parasit pendam dalam hati. Menggambarkan kes malaria sebagai sembuh dengan memerhati kepupusan parasit dari saluran darah dengan itu mampu mengelirukan.

Tempoh pengeraman paling lama dilaporkan bagi jangkitan P. vivax adalah 30 tahun.

Sekitar satu dari lima kes malaria P. vivax di kawasan serdahana membabitkan lebih musim sejuk (overwintering) oleh hipnozoites (contoh., ulangan bermula setahun selepas gigitan nyamuk).

Jika anda memerlukan perkhidmatan Fogging membenteras nyamuk dipersekitaran anda, hubungi Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control bertauliah dan berlesen. Hubungi Siti di 012-206 7357

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Awas jika ke Gerik - Wabak demam Malaria sedang menular di sana !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment