Menurut En Low Ching Keat, Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar MBPJ, penurunan yang bayak itu merupakan kejayaan hasl dari program SEDAR.
Program Sedar bermaksud, " Search and Destroy Aedes Ranger ".
Bagaimana program SEDAR kurangkan kes Denggi
Program Sedar telah diperkenalkan oleh MBPJ, pada bulan November tahun lepas. Ertinya pada bulan November lalu, telah genap program itu dijalankan selama satu tahun. Hasilnya adalah penurunan kes demam denggi sebanyak 31%.Sedar merupakan satu program di mana kumpulan penduduk berkerjasama dengan pihak majlis dalam melakukan aktiviti kawalan pembiakan nyamuk aedes. Penduduk secara sukarela melakukan aktiviti mencari tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan penempatan mereka. Bla berjumpa tempat pembiakan nyamuk aedes, tempat itu akan dimusanahkan supaya tiada lagi pembiakan nyamuk di situ.
Terdapat sebanyak 40 kumpulan yang telah ditubuhkan di sekitar Petaling Jaya. Setiap kumpulan akan berkomunikasi sesama mereka menggunakan aplikasi Whatsapp. Pegawai dari MBPJ dipertanggung jawabkan sebagai admin untuk setiap kumpulan. Pegawai MBPJ akan bertindak sebagai moderator dalam kumpulan tersebut menyebarkan maklumat terbaru dan juga status kes denggi di kawasan masing-masing.
Kenapa Sedar berjaya kurangkan kes denggi
Menurut En Low Ching Keat, cara terbaik untuk pastikan orang ramai dan penduduk di Petaling Jaya bersama membenteras pusat pembiakan nyamuk aedes, adalah dengan menggunakan pegawai penguatkuasa MBPJ. Mereka akan lakukan pemeriksaan dan akan kenakan denda pada penduduk yang membela nyamuk aedes.Tetapi masalahnya adalah, aktiviti pemeriksaan oleh pegawai penguatkuasa tidak dapat dijalankan sepanjang masa di setiap kawasan. Jadi, dengan pengadakan program Sedar, ia adalah satu lagi cara yang amat berkesan.
Penduduk lebih selesa dan mengalu-alukan kadatang jiran mereka sendiri untuk turut sama melakukan pemeriksaan dan membantu menghapuskan pusat pembiakan nyamuk aedes di sekitar tempat tinggal mereka. Kalau hanya pegawai penguatkuasa sahaja yang datang, penduduk akan rasa lebih tidak selesa.
Para sukarelawan akan memberikan bekalan abate, iaitu ubat mebunuh jentik-jentik pada penduduk. Mereka juga mengedarkan risalah menggesa penduduk luangkan masa hanya 10 minit untuk melakukan aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan nyamuk.
Semua orang perlu berusaha kawal pembiakan nyamuk aedes
Program yang dilakukan oleh MBPJ memang ternyata amat berkesan. Ia perlu diperluaskan oleh semua majlis perbandaran lain yang ada di seluruh negara. Ini dapat membantu mengurangkan kes demam denggi di Malaysia dengan cara yang amat berkesan dan menjimatkan.Selain dari itu, ia juga dapat eratkan perhubungan sesama jiran dan mengalakkan kerjasama saling bantu membantu.
Dengan adanya pegawai dari pihak Majlis yang memang dah cekap dalam proses membuat pemeriksaan, orang ramai juga akan dapat belajar bagaimana nak kesan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Jika anda perlukan khidmat fogging membunuh nyamuk aedes dewasa dan khidmat membunuh jentik-jentik, dapatkan khidmat tersebut dari Easelife Services Sdn Bhd. Sebuah syarikat Pest Control sejak 1998 yang berlesen dan bertauliah dalam perkhidmatan pest control. Hubungi Siti di 012-2607357 untuk maklumat lanjut.Maklumat asal di sini.
No comments:
Post a Comment