Atau mungkin anda pernah menggunakan perangkap pepijat ini, bagi kawalan masalah pepijat di premis anda sendiri.
Perangkap pepijat merupakan salah satu pendekatan yang popular diguna pakai dalam urusan kawalan serangan pepijat. Anda boleh buat sedikit carian di internet untuk mendapat maklumat berkenaan perangkap pepijat yang ada di pasaran sekarang.
Jika anda hadapi masalah serangan pepijat di premis dapatkan khidmat profesional dari Easelife Services Sdn Bhd untuk menghapuskan pepijat. Teknik menggunakan Haba dari wap panas dapat membunuh pepijat secara berkesan. Dan laing penting, ianya adalah selamat tanpa penggunaan bahan kimia. Call Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.
Carian perangkap pepijat di Google
Untuk mendapatkan maklumat tentang solusi terhadap apa saja masalah di dunia sekarang adalah sesuatu yang amat mudah. Terima kasih perlu diucapkan kepada teknologi internet yang semakin hebat di seluruh dunia.Anda hanya perlu luangkan sedikit masa mencari maklumat dari enjin carian google atau lain-lain enjin carian di internet. Tulis soalan pada ruang carian di google dan tekan 'enter'. Google akan memberikan ratusan ribu cadangan terhadap maklumat yang dicari.
Untuk mendapatkan maklumat berkenaan perangkap pepijat, anda perlu taip perkataan 'bedbugs trap' pada enjin carian google. Gunakan bahasa inggeris sebab maklumat berkenaan perangkap pepijat dalam bahasa malaysia tak berapa nak ada.
Dari carian tersebut anda akan dapat lihat dan baca banyak maklumat berkenaan perangkap pepijat. Ada yang panggil penghalang pepijat, ada yang panggil perangkap dan ada yang panggil pengesan atau pemantau pepijat.
Kegunaan perangkap pepijat
Secara umumnya perangkap pepijat direka ada untuk memerangkap pepijat masuk ke dalamnya. Tak beritahupun tentu anda boleh agak sendiri. Mudah saja.Tapi anda perlu faham bahawa perangkap tersebut bukanlah untuk kerja menghapuskan pepijat. Setakat guna perangkap sahaja tidak akan cukup untuk menghapuskan terus serangan pepijat secara keseluruhan dari bilik tidur anda itu.
Biasanya perangkap pepijat digunakan untuk membuat pemantauan terhadap serangan pepijat di premis yang dikawal. Kalau ada banyak yang masuk ke dalam perangkap itu, maka tandanya tahap serangan pepijat kat situ adalah tinggi.
Ada yang letakkan gam di dalam dasar perangkap supaya bila pepijat masuk dah tak boleh keluar lagi.
Idea rekabentuk perangkap pepijat dicetuskan oleh andaian bahawa pepijat merupakan jenis serangga yang tidak boleh memanjat pada permukaan yang licin. Sekali jatuh masuk ke dalam perangkap, mereka akan terus kekal berada di dalam perangkap itu.
Kenapa perangkap pepijat tidak berkesan
Walau bagaimanapun, bukan semua perangkap pepijat itu berkesan. Bukan semua perangkap pepijat berjaya mengurung pepijat yang termasuk ke dalamnya. Ada pepijat yang punya keupayaan memanjat pada permukaan yang licin yang menegak.Penemuan itu telah dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh Prof Lee Chow Yang, seorang ahli akedemik yang terkenal dalam bidang Entomologist. Penemuan dan kajian yang beliau lakukan telah disiarkan dalam Journal Of Economic Entomology.
Pepijat yang boleh memanjat adalah pepijat dari jenis Pepijat Tropika. Dalam bahasa saintifiknya di panggil sebagai Cimex hemipterus.
Pepijat yang tak berapa pandai panjat permukaan menegak yang licin adalah pepijat biasa yang dalam bahasa saintifiknya di panggil Cimex lectularius.
Perangkap pepijat bergam dan berferomon
Satu lagi teknik yang dah jadi viral dalam media sekarang adalah perangkap pepijat yang bergam serta dimasukkan feromon penarik pepijat. Penggunaan feromon atau bahan penarik pepijat adalah satu pertemuan baru hasil dari kajian yang dilakukan oleh para saintis.Pepijat akan sentiasa pulang semula ke tempat menyoroknya setelah puas hisap darah mangsanya. Di tempat melepak pepijat tersebut yang merupakan pusat pembiakan pepijat ada berbagai timbunan seperti najis, kulit pepijat, telur, anak pepijat, pepijat dewasa dan segala benda lagi. Feromone di klaurkan bagi membawa pepijat balik ke tempat lepak mereka.
Saintis berjaya membuat feromon tersebut dan meletakkan ke dalam perangkap pepijat yang dipasang gam padanya. Logik mudah diguna pakai di sini. Letak feromon, pepijat datang masuk dalam perangkap dan melekat tak boleh keluar.
Lama kelamaan habis selesai masalah pepijat sebab kesemua dah terperangkap kat situ !, tapi tidak semudah itu sebenarnya. Bukan semua pepijat akan pergi masuk kat dalam perangkap tersebut. Ada pepijat yang biasanya akan bawa diri ke lokasi pembiakan lain untuk membina kumpulan pembiakan baru. Jadi setakat perangkap sahaja tak akan berkesan menghapuskan masalah serangan pepijat.
Baca laporannya kat sini berkenaan penggunaan perangkap ada feromon.
Jika anda hadapi masalah serangan pepijat di premis dapatkan khidmat profesional dari Easelife Services Sdn Bhd untuk menghapuskan pepijat. Teknik menggunakan Haba dari wap panas dapat membunuh pepijat secara berkesan. Dan laing penting, ianya adalah selamat tanpa penggunaan bahan kimia. Call Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment