Friday, May 12, 2017

Kes Denggi meningkat 67.1% di Kedah

Posted by   on

Kes Denggi mencatatkan peningkatan yang tinggi berbanding tahun lepas di Negeri Kedah. Laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menyatakan kes denggi sejak awal ahun 2017 sehingga bulan May 6 haribulan adalah sebanyak 513 kes.

Dalam tempoh yang sama tahun lepas 2016, kes denggi hanya mencatatkan kes sebanyak 307 sahaja. Dari segi peratusan, ia menunjukkan peningkatan kes denggi sebanyak 67.1%. Itu satu peningkatan yang amat banyak.

Peningkatan kes di 8 daerah utama

Jabatan kesihatan Kedah menyatakan bahawa kes meningkat terutamanya di sekitar 8 daerah utama di Kedah. Antara 4 daerah yang mencatatkan peningkatan adalah;

  1. Kulim - Jumlah kes sebanyak 131 berbanding 48 kes pada tahun lepas.
  2. Kuala Muda - Jumlah kes sebanyak 189 berbanding 61 kes tahun lepas
  3. Kubang Pasu - Naik sebanyak 21 kes daripada 39 pada sebelumnya
  4. Sik - Peningkatan sebanyak 16 kes menjadikan jumlah 19 kes tahun ini berbanding hanya 3 kes tahun lepas.
Namun begitu, Daerah seperti Yan, Pendang, dan Kota Setar mencatatkan penurunan.

Aktiviti pemeriksaan aedes

Jabatan kesihatan telah melaksanakan kegiatan memantau pembiakan nyamuk aedes dengan agresif bagi membendung masalah kes denggi ini.

Sebanyak 165,571 premis telah dilakukan pemeriksaan setakat ini di seluruh Kedah. Dari situ, sebanyak 3,722 premis telah didapati berlakunya pembiakan nyamuk aedes.

Jumlah kompaun yang dikeluarkan setakat ini sebanyak 1,811 telah dikeluarkan terhadap pemilik premis. Kesemua kompaun tersebut bersamaan dengan nilai RM905,500

Selain dari itu, sebanyak 361 notis pembersihan telah dikeluarkan kepada pemilik premis untuk bertindak segera bagi mengawal pembiakan nyamuk aedes.

Sumber maklumat dari sini.

No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new pest control offer for Shah Alam Residents. You'll like it - Easelife Services
Join Our Newsletter