Friday, May 25, 2018

Periksa kehadiran pepijat dahulu sebelum setuju untuk sewa rumah

  Mohd Shubhi       Friday, May 25, 2018



Pepijat ada di mana-mana negara di seluruh dunia sekarang. Samada di Eropah, di Amerika, mahu pun di negara kita sendiri. Ramai yang mengadu rumah mereka diserang pepijat.

Pepijat tidak ada kaitan dengan keadaan sebuah rumah yang kotor. Walaupun rumah anda bersih dan tersusun rapi, tidak menghalang adanya serangan pepijat. Malah anda tentu terkejut jika saya katakan hotel 5 bintang juga boleh ada pepijat.

Keburukan rumah yang ada pepijat

Walaupun pepijat tidak membawa sebarang penyakit berjangkit kepada manusia setakat ni, tapi ia tetap menjadi salah satu serangga pengacau ketenteraman. Sebab utamanya adalah kerana pepijat jadikan darah manusia sebagai sumber makanan mereka.

Orang yang sedang digigit pepijat tidak akan dapat rasakan yang dia sedang digigit dan darahnya sedang dihisap oleh pepijat tersebut. Pepijat akan keluarkan bius untuk membuatkan anda tidak sedar sedang dihisap darah.

Selepas puas hisap darah, pepijat akan beredar semula ke tempat menyoroknya yang biasanya tidak berapa jauh dari mangsa berada. Secara purata, pepijat hang sudah kenyang hanya akan datang hisap darah semula seminggu kemudiannya sahaja.

Memang secara putara, pepijat dewasa hanya perlu hidap darah seminggu sekali sahaja.

Kesan dari gigitan pepijat akan membuatkan anda rasa gatal. Bagi orang yang tak tahan, kesan itu akan menjadi buruk dan dijangkiti bakteria. Akan jadi jangkitan kuman pada kulit dan ini memang tidak diingini oleh sesiapa saja.

"Dapatkan khidmat rawatan pepijat dengan menggunakan Haba dari Easelife Services Sdn Bhd. Rawatan Haba amat berkesan dan selamat berbanding penggunaan racun serangga. Hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut"

Periksa kehadiran pepijat sebelum sewa rumah

Jika anda mahu sewa rumah, pastikan periksa terlebih dahulu samada rumah tersebut ada pepijat atau tidak. Lebih utama lagi jika rumah yang nak disewa itu dilengkapi dengan perabut.

Anda perlu buat pemeriksaan kehadiran pepijat pada tempat katil di bilik tidur utama dan keseluruhan bilik lain di dalam rumah tersebut. Perhatikan tanda-tanda kehadiran pepijat.

Kalau tak tahu macam mana nak periksa pepijat, anda boleh baca cara nak buat pemeriksaan kehadiran pepijat kat sini

Kalau ada tanda wujudnya pepijat, maka pastikan anda suruh pemilik rumah itu buat rawatan hapuskan pepijat dari rumahnya. Selagi pemilik tidak lakukan rawatan pepijat dari rumah tersebut, jangan sewa. Itu menjadi tanggung jawab pemilik untuk kali pertama sebelum anda masuk menyewa rumah itu.

Tapi jika dah masuk dan tinggal di rumah sewa itu, maka tanggung jawab menghapuskan pepijat dah jadi tanggung jawab anda.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Periksa kehadiran pepijat dahulu sebelum setuju untuk sewa rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment