MyPestNews

Easelife Pest Control

Monday, August 27, 2018

4 tanda mudah kehadiran anai-anai

  Nurthiera       Monday, August 27, 2018


Anai-anai merupakan makhluk perosak yang memeningkan kepala.

Sekiranya di biarkan ia akan bersarang dan beranak pinak dengan cepat serta merosakkan barang-barang seperti perabot, pintu, tingkap dan lantai yang diperbuat daripada kayu.

Jumlah anai-anai boleh mencecah jutaan ekor bagi setiap sarang atau koloni.

Mengikut kajian di Australia semenjak 6 tahun lalu hampir RM4,800,000,000.00 kerugian setahun akibat dari serangan anai-anai.

Kos ini sangat tinggi dan ia juga meningkat tahun demi tahun.

Bagi mengelak berlakunya serangan anai-anai, di sini kami cuba kongsikan 4 tanda-tanda bagaimana untuk mengesan kewujudan anai-anai di rumah anda dan cegahlah ia dari peringkat awal.

1) Kehadiran kelkatu

Terlihat kehadiran kelkatu keluar dari lubang di kawasan rumah anda. Proses ini belaku apabila anai-anai akan cuba melahirkan koloni yang baru selepas berpasangan.

2) Laluan anai-anai

Kelihatan terowong sebesar pensil muncul dari kerangka pintu, skirting lantai dan perabot. Terowong ini jugak sangat dijaga dan dikawal oleh anai-anai, jika berlaku kerosakan pada laluan ini ianya akan dibaiki dengan serta merta.

3) Kesan perubahan tekstur warna

Warna kayu pada lantai parquet, kerangka pintu, tingkap dan sebagainya akan menjadi lebih cerah menunjukan kehadiran anai-anai. 

4) Kesan perubahan bunyi kayu

Kayu yang diserang anai-anai akan menjadi kosong dan menghasilkan bunyi berongga apabila diketuk. Anai-anai akan memakan kayu ini secara senyap.

Jika tanda-tanda ini terdapat dirumah anda, jangan tunggu sampai habis rosak keseluruhan barangan berharga anda, basmi ia dengan segera dan yang paling penting sekali berilah kepercayaan kepada orang yang layak untuk mengurusnya.

Kredit: Fb Easelife Services

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 tanda mudah kehadiran anai-anai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment