Tuesday, August 7, 2018

5 langkah awal jika serangga masuk ke dalam telinga

  nurthiera       Tuesday, August 7, 2018


"Dr, tolong tengokkan telinga anak saya, nampak mcm ada serangga.

Dia asyik menangis dan sakit dalam telinga"

Ini adalah situasi yang Doktor Shaiful Nizam alami di klinik baru-baru ini.

Ingin tahu apa langkah - langkah awal jika serangga memasuki telinga anda?

1) Jangan panik

Ini sangat penting, bukan sahaja bagi kanak - kanak, tetapi untuk orang dewasa juga. Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan menggunakan komunikasi yang berkesan.

2) Jangan cuba masukkan cotton buds/besi/kunci ke dalam telinga

Ini perkara yang sangat biasa berlaku. Elakkan..!!! Kerana ia boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga & juga berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga.

3) Titiskan olive oil/minyak ke dalam telinga 

Ini boleh melemaskan / mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain disebabkan oleh serangga tersebut, lebih-lebih lagi bagi serangga yang agak besar.

4) Andai nampak diluar, cuba keluarkan

Jika bernasib baik, bagi serangga yang sudah nampak keluar di hujung lubang/cuping telinga, boleh keluarkan samada gunakan jari anda (jika dapat) atau pengepit kecil yang boleh tangkap serangga tersebut.

5) Jika masih di dalam, segera ke hospital/klinik berdekatan

Walaupun rasanya serangga itu sudah mati , anda perlu segera ke Hospital untuk Doktor keluarkan kerana andai dibiarkan di dalam telinga walaupun serangga itu sudah mati, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman telinga boleh berlaku.

Kredit : Twitter Mohd Shaiful Nizam

Untuk menghalang keluarga anda dari menjadi mangsa serangan serangga, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada serangga di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah serangga makhluk perosak di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 langkah awal jika serangga masuk ke dalam telinga

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment